DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Friday, December 18, 2009

HIJRAH KEKASIH

nurkilan: Luqman Hasan

Kesetiaan Abu Bakar teman sepanjang jalan
Keberanian saidina Ali mengamit maut di hujung selimut
Ketabahan Asma' srikandi perancang bekal musafir
Setia,berani,tabah teserlah
Di hijrah Rasulullah......menuju Allah
Ke kota madinah

Di gua Thur jejaring lelabah mengukir keliru
merpati pun bersarang rendah menghibur gundah
Bisa ular dikaki Abu Bakar menjadi penawar
angin malam dan ribut pasir pun reda seketika
tentera tuhan...akur setia
suara alam....sunyi seketika
pada dua kekasih-Nya didalam gua

di madinah suara rindu syahdu mendayu
hari syukur,tafakur atas nikmat dan rahmat
marhaban...marhaban...marhaban..
meriah kedengaran
Al Qaswa dibiarkan memilih persinggahan
di depan rumah Abu Ayub akhirnya....
bertamulah keberkatan

bibena masjid telapak semadi ketulusan hati
dengan ilahi..
sesama insani..
muhajirin dan ansar dipersaudarakan
aus dan kharaj diserasikan
perisai ummah benteng kekuatan

itulah keindahan sebuah hijrah
yang betintakan kesusahan....
berdakwatkan ketabahan
itulah hijrah kekasih Allah
berasaskan iman bertunjangkan ukhwah
menara islam terjulang
dimadinah munawarah!!


Tema Maal Hijrah pada tahun ini (2009) : 'MEMANTAPKAN UMMAH , MEMPERKASAKAN UKHWAH'

Wednesday, December 9, 2009

JADI LAH LELAKI YANG BERIMAN!!SUSAH SANGAT KER??

Assalamualaikum​ W.B.R dan SalAm Ukhuwah..

Kenapa Lelaki?

Wahai lelaki diluar sana,jadilah seorang lelaki yang beriman,lelaki yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah dan jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam..Bukan lelaki yang hanya pandai bercakap tapi tak mengamalkan.​.​Jangan jadi lelaki yang hanya mengaku Islam tapi hanya pada kad pengenalan..

Ya! Jadilah lelaki yang mukmin.Lelaki yang sentiasa haus dengan ilmu,sentiasa dahaga akan pahala,lelaki yang meanggap solatnya adalah maruah dirinya..Bukan lelaki yang takut untuk berkata benar,lelaki yang gentar untuk melawan nafsu atau lelaki yang sentiasa mengelak bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.


KITA NAK YANG TERBAIK TAPI ADAKAH KITA YANG TERBAIK?

Bila berbicara tentang pasangan hidup,ramai LELAKI yang mengimpikan wanita yang baik,solehah dan sebagainya tetapi adakah kita ini dah menjadi lelaki yang menjaga tutur katanya,LELAKI yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,​LELAKI yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,​LELAKI yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ataupun LELAKI yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.?

Kepada diri ini dan semua warga LELAKI,marilah sama-sama kita menjadi seorang lelaki yang menghormati ibu bapanya,LELAKI yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,​LELAKI yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,​LELAKI yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,LELAKI yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.


ADAKAH KITA NAK JADI LELAKI YANG MACAM NI??

Ahh...lelaki zaman sekarang bukan betul sangat pun.Yang tau amik kesempatan terhadap perempuan ramai la..Begitu la keluhan yang dilontarkan kepada lelaki sekarang.​.​Adakah kita termasuk saya inigin mengiyakan kata-kata tersebut?​?​Tiada guna kita membalas semula kritikan terbabit dengan tohmahan negatif sebaliknya tunjukkan la qudwah hasanah!

Adakah kita teringin menjadi seorang lelaki yang sentiasa mengelak untuk menjadi imam,lelaki yang tidak mencontohi sifat-sifat Rasulullah,​tidak boleh diajak berbincang dan berbicara,​tidak menjaga matanya dari berbelanja,​atau lelaki yang tak pernah sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah yang diberi?.

Bangunlah wahai lelaki!​Janganlah kita menjadi lelaki yang banyak membazirkan masa tetapi sebaliknya tekun mencari keredhaan-Nya sehingga mata kita kepenatan kerana membaca al- Quran,suara kita lesu kerana penat berzikir,tidur kita lena dengan cahaya keimanan,kita dapat bangun solat Subuh dengan penuh kecergasan kerana sehari lagi usia kita menjadi bertambah matang.

LELAKI IDAMAN PARA BIDADARI...

Sudah terbentang ayat-ayat Al-Quran yang menyebut orang yang beriman berkali-kali tapi seringkali kita menjadi pekak dan tuli.Jangan berlengah lagi..Mulai sekarang tekad pada diri yang kita boleh menjadi seorang lelaki yang sentiasa mengingati mati,lelaki yang meneruskan perjuangan Islam dan lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia kerana kita semua... KITA SEMUA...

KITA SEMUA mengimpikan syurga Allah.​.​Wassalam.​.​

p/s:Saya juga LELAKI.​.​.​BERSEMANGATLAH!​!​


ANDA BACA ANDA TENTUKAN....

Saturday, December 5, 2009

PERGI NYA SEORANG SAHABAT MENYERU SERUAN ILAHI



Pada tanggal 5 Disember 2009 SMK Batu Muda telah dikejutkan dengan kematian saudari Anis Safirah bt mohd Zakei

Beliau telah mengalami jangkitan kuman di paru parunya

Pada petang 4 Disember arwah telah dimasukan ke hospital Selayang.
pada waktu tersebut arwah Koma

Pada jam 11.00 pagi 5 Disember 2009 arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya.

"YA ALLAH ENGKAU LETAKLAH HAMBU MU ITU DITEMPAT YANG SOLEH"

'AL FATIHAH'

Alayarhamah Anis Safirah Bt mohd Zakei
smk batu muda, 5 sains hayat
1992-2009


Thursday, December 3, 2009

MERDEKANYA SEORANG PELAJAR SELEPAS 11 TAHUN BERJUANG

Orang pernah berkata ' menuntut ilmu sampai ke negeri China'

dalam konteks ni kami pelajar yang menduduki peperiksaan ini OTW pergi ke negeri China!!!ngeeee~

pejam celik2 sekarang nie sudah 13 tahun kita bersekolah

1 tahun : pra taska
1 tahun : tadika
6 tahun : sekolah rendah
5 tahun : sekolah menengah

ini bermakna kita sudah mempunyai experience bersekolah selama 13 tahun!!!!wow!!!

pape pun saya ingin mengucapkan semoga berjaya dalam mencapai hasrat kamu semua!!!semoga dapat straight A dalam SPM tahun 2009!!!mari kita pecah record!!!!

kepada BAKAL EX BATU MUDA aku merindui kamu semua!!!!eemmm...x sangka aku akan cakap sebegini....~aku sayang korang semua!!!!eeee~

Thursday, October 15, 2009

Salah ker perempuan tak pandai memasak??

Assalamualaikum W.B.R.

...Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Friday, September 18, 2009

BERBUKA PUASA DI JUSCO WANGSA MAJU

MR CUTE in da house!!!!kejantanan tercalar!!!tidak..
pas abis makan jer terus amk gambar...huhuhu berat naik seyh!!!hahaha mse ni sumer ngh menderita kekenyangan terlampau atau nama saintefik nyer....sperutupenuhdowh...


dal (bukan nama sebenar) dibuli dengan bangga oleh kami....huhuhukami tak berdosa pown!!!huhuhu..

cute cute cute.....teddy bear jer.....hahaha


PASUKAN: GOSSIP TEAM
LEADER: DAL (BUKAN NAMA SEBENAR) AKA BLURR
AHLI BERDAFTAR: SHIDOT,BAD,LUQMAN,AZIRA,IZZAH,KEPENG AND ADIK
LOCATION: JAYA JUSCO WANGSA MAJU
LOCATION DETAIL: EGG HOUSE (CUISINE RESTOURAN)
AIM: BREAKFAST
TENTATIF: MAKAN,MAKAN,WINDOW SHOPPING AND MAKAN
MASA: 6.00 PETANG - 10.00 MALAM
KEJADIAN:
  • DAL (BUKAN NAMA SEBENAR) DIBULI OLEH AHLI SENDIRI..AHAKZ..
  • KEJADIAN ANEH BERLAKU....MASE TANGKAP DAL TLH MENNJKAN MUKA NGERI~
  • MASE JLN2 TERJUMPER KAD RAYA PALING BESAQ!!!!!
  • MAN DA BELI JAM BARU!!
  • MAIN KAT ARCADE!!!MAIN AIR HOCKEY...LELAKI MENANG!!!!HUHUHU
  • JUMPER ABG ENSEM TP......AUW.....HUHUHU(NO DISCRIMINATION)
  • MASUK KT JJ JUMPER TEDDY BEAR....SUMER DA JAD GILER..HAHAHA
  • BALIK KOL 10.00 MALAM...BEST EXPERIENCE EVA...
  • MAKAN CHICKEN CHOP!!!!BEST....
  • JALAN JALAN KT DALAM JUSCO..
  • DAL X SEMPAT NK SHOPPING..HUHUHU
  • TERSEREMPAK NGN AIMAN AND FITRAH..HUHUHU
  • JUMPER NGN CIKGU SHAMSIAH + ANAK + SUAMI= FAMILY
  • SKANDAL ANTARA IZZAH AND _______ HANGAT DIGOSIPKAN..HUHUHU...
  • MPH BOOKSTORE...PG JER TP X BELI NYK..HUHUHU

UCAPAN: KEPADA KAWAN2 JAGA DIRI BAIK BAIK SELEPAS KITA BERPISAH INI..MUNGKIN KITA TIDAK AKAN BERJUMPER UNTUK TEMPOH MASE YANG PANJANG HARAP JANGAN BUAT PERKARA YANG MEMAKAN DIRI..STADY LEBIH PENTING..

SAYA BERHARAP AGAR DAPAT BERJUMPA KALIAN SUATU HARI NANTI SELEPAS KITA DA BESAR YER...HUHUHU....JANGAN DEKAT NGN DADAH!!!!PESAN KTUA PENGAWAS NIE..HUHUHU...AKU AKAN SAYANG KORANG SUMER MACM AWEKS AKU SENDIRI!!!TP AWEK LEBIH BANYAK LA!!!HUHUHU...JANGAN LUPER CONTACT KLO DA BERJAUHAN!!!MUAHHHHHHHHHXXXX....

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Majlis Khatam Al Quran SMK Batu Muda

khusuk mengeluar miftah dengan sempurna
sebilangan peserta yang terpilih untuk mendengarkan alunan ayat suci Al Furqan

Pasukan nasyid smk batu muda saoutul nada'(lelaki) membuat persembahan penutup



disertai oleh pelajar tingkatan 1,2, dan 4



pada 17 september 2009 smk batu muda telah mengadakan program khatam Al Quran.
telah berlangsung di Dewan Haji Abas.
pada jam 12 30 hingga 3 petang.
peserta telah mengalunkan ayat suci Al Quran selepas tamat mengkhatamkan kesemua juzud didalam Al Quran sepanjang bulan Ramadhan.
program ini telah dikendalikan oleh persatuan pelajar islam dan persatuan pendidikan islam SMK BATU MUDA.
program ini telah berlancar dengan sempurna.
majlis perlancaran telah disempurnakan oleh pengetua SMK BATU MUDA En Amran B Hj Abdul Hamid.
kesemua peserta menerima cenderahati dari pihak sekolah.
DENGAN KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!!




Thursday, September 10, 2009

Majlis IFTA SMK Batu Muda 2009

meriah....majlis berbuka mendapat sambutan yg meriah
insaf....sebahagian pelajar menunggu untuk menunaikan solat terawih

majlis ifta bermula pada jam 7.00 malam


layan org berbuka tp sendiri lapar...





Majlis Berbuka puasa


pada 10 september 2009 panitia pendidikan islam bersama persatuan pelajar islam telah menganjurkan majlis berbuka puasa di smk batu muda.Seramai 130 pelajar dan ibu bapa telah menghadirkan diri bagi menjayakan program ini.Azan telah berkumandang pada jam 7.18 pm pelajar dan ibu bapa telah berbuka di kantin sekolah.
Majlis Solat Hajat
majlis solat hajat bagi calon pmr dan spm telah berlangsung sejurus selepas solat maghrib.semua pelajar tingkatan 3 dan 5 terlibat secara langsung untuk program ini.
walaupun solat hajat ini telah berlangsung dengan jaya nya tetapi sebilangan pelajar masih tidak insaf.
Solat Terawih
solat terawih telah diadakan di dewan haji abas smk batu muda.sebanyak 11 rakaat telah dilakukan di sana.
MAJLIS BERBUKA PUASA DI SMK BATU MUDA 2009
MAJLIS SOLAT HAJAT SPM & PMR
MAJLIS SOLAT TERAWIH
Ade YAnG X poSe Mse NiE NaMpaK Die MinUm Air KotAk...
SpEr YanG paLinG laWa Mse pRogRam Nie???TekA..
SpEr Yang MaIn MeRcuN tu Bawk InsaF LAh...kAng aKU SumbaT Kat TUTTT...
CiKgu zUriaNi PalIng Cun and CiK hAjah PalIng cHumel...(BM A1)!!
MaKanaN ByK aBis wooO..sPer La yg ByK Mkn Yerrrr :D
AkU jUmper BudaK cHUmel And Cute GilEr!!!!!aku Nak dIE ar....(anak ustazah)hehehe
WISH HAPPY EID ULFITRY TO ALL MY FWEN TEACHERS AND MY BEST FRIENDS....(YOU KNOW WAT I MEAN)
KEPADA MY BEST FREN KALO RAYE UMAH AKU...AKU BG SAMPUL RAYE JER YER...DUIT KORANG ISI LA SENDIRI..HUHUHU
INSYAALLAH MAN AKAN ADEKAN OPEN HOUSE..
MYBE PAS BLIK PLKN!!!! HUHU







Sunday, September 6, 2009

TIME MANAGEMENT FOR EXAMINATIONS

Time Management is very important for your exams whether its a college placement test, school exam or a regular end of the year scheduled academic test. If you are properly prepared for the exam but are not good in time management, you may not have good scores. Bad management of the available time will make you lose out to your rival candidates. So its very important to properly plan how much time you are going to allot ot each question in the exam.Planning the exposure to each question should be done very quickly. Normally a maximum of five minutes should be devoted at the beginning of the exam to study the questions in the question paper and deciding in your mind how much time you have to allot to each question. The questions of higher marks should get more time alloted while the small theoretical questions should have lesser time devoted to them. You should manage yourself in such a way that you dont spend more than a minute on any question than you decided previously. This would help you maximise your time utilization and prevent the depression arising out of concentrating more on one single tough question when you can do all the other ones easily.The main purpose of time management is to maximise your output and prevent you from wasting your time and energy on one single tough problem in the exam. Keep in mind the total time of the exam, the number of questions asked, the type of questions and marks alloted to each question. Observe that these things for the initial five minutes and calculate how much time you should allot to each question. The time spent on each questions should not be more than the time alloted to the question by you plus one minute. You must stick to this rule whatever may happen.When you are finished attempting all the questions you were confident of, you can again quickly see the number of questions pending and allot some time to each one. Then again atleast attempt those questions if there is no negative marking. In job placement test papers or campus recruitment exams, if you have negative marking then you should not attempt the questions you are not confident of. But if there is no negative marking in placement papers or college academic exams, you must attempt all questions whether they are multiple choice type or theoretical type. Its always better to write or tick mark something than leaving the question unattempted.Thus polishing your time management skills is as important as your regular studies. You can practise in regular monthly tests or Pre-exams and apply the experiences in the final exams. This way you can have better scores and ‘output’ from your knowledge and outscore your ‘hard to beat’ competitors!

Monday, August 31, 2009

BERJALAN DI HUTAN LIPUR KANCING!!!

kt tangga pon nk posing jugak!!!!
e'eh kawan kita la....buat gymnastik lak 2

air sungai yang menenang kan



taman yang terdapat begitu indah sekali



mercu tanda hutan lipur kancing....atas tu kawan die ar!!
pergi hutan lipur naik motor la
kite org saja jalan2 sampai situ...
beruk2 menyambut kedatangan kami
naik tangga!!!sampai puncak!
PUASA + PENAT + DAHAGA
panorama mengagumkan
tangkap gambar untuk kenangan laaa...
monyet banyak yang kaver cun!!!
PERJALANAN 1/2 JAM JER!!!!
AIR TERJUN!!!
BEST DAY EVA!!!!

esok nya trial!!!!!!

Saturday, August 29, 2009

TITAH YDP AGONG (KEMERDEKAAN)

1.
Bismillahir Rahmannir Rahim,
Al-hamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
Wabihi Nasta’in .
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, Beta memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah
Subhanahu Wata’ala, atas limpah kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruh
rakyat menyambut dan meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara
Kali Ke-52 pada tahun ini. Besarlah harapan Beta semoga sambutan
kemerdekaan pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan
keinsafan daripada seluruh rakyat jelata, khususnya warga pendidik dan
murid-murid sekolah.
2. Beta berasa syukur dan berbangga kerana rakyat jelata masih
dapat meraikan sambutan kemerdekaan dalam suasana yang penuh
harmoni dan semangat perpaduan. Beta percaya bahawa perpaduan
dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum merupakan
tonggak keamanan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, Beta berharap
supaya nilai-nilai murni yang kita amalkan selama ini dikekalkan bagi
melahirkan insan yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti.
3. Beta juga berharap agar negara kita menjadi model kepada
negara-negara lain khususnya dalam kebebasan mengamalkan ajaran
agama. Justeru, keharmonian yang dikecapi ini melambangkan

2
kesefahaman dan toleransi dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada
penganut agama yang berbeza. Kesefahaman ini bukanlah mudah
untuk kita perolehi. Tetapi berkat pengorbanan dan sikap bertolak
ansur dalam kalangan rakyat mengamalkan ajaran agama masingmasing,
maka kita berjaya mewujudkan sebuah negara yang makmur.
4. Justeru, Beta berharap para pendidik dan murid-murid perlu
menghayati erti kemerdekaan supaya menjadi bangsa yang mendokong
cita-cita perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang terdahulu.
Kesedaran ini akan menyemarakkan semangat cinta akan negara dan
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu yang berbunyi Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sehubungan dengan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu
difahami dan dihayati. Beta berharap para pendidik meneruskan usaha
murni ke arah melahirkan generasi muda yang celik sejarah. Beta yakin,
apabila generasi muda kita celik sejarah, kita berupaya mewujudkan
modal insan yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
5. Dalam mengekalkan kemerdekaan selama 52 tahun, kita telah
dapat menghayati satu kelangsungan amalan yang termaktub dalam
Perlembagaan Negara. Hasilnya, tanpa mengira perbezaan kaum dan
agama, kita berupaya mengekalkan hak kehidupan di dalam negara
yang berdaulat ini. Beta berharap agar para pendidik dan murid-murid
menjadikan Perlembagaan Negara sebagai satu wahana ke arah
mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Oleh itu, kita

3
mampu mengangkat martabat negara ke arah negara maju di mata
dunia.
6. Kemajuan yang dinikmati tidak mampu dikekalkan sekiranya
kestabilan politik tidak dapat diwujudkan. Justeru, Beta berharap rakyat
dapat berpadu tenaga dan fikiran ke arah mewujudkan kestabilan dan
keamanan negara yang berterusan. Oleh itu, Beta menyeru agar rakyat
dan pemimpin tanpa mengira ideologi politik dan agama bersama-sama
seia-sekata merungkai kesejahteraan hidup demi negara tercinta.
Hubungan yang erat antara pemimpin dan rakyat, hendaklah “Bagai aur
dengan tebing” supaya tiada jurang yang memisahkan rakyat. Beta
amat berkenan dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. Kesungguhan para pemimpin membela hak rakyat
mestilah diutamakan dalam agenda perjuangan memartabatkan negara.
Sehubungan dengan itu, negara akan terhindar daripada ancaman
anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai peluang untuk memecahbelahkan
perpaduan rakyat.
7. Beta juga bersyukur kerana negara kita berjaya mengharungi
kegawatan ekonomi dengan tabah. Walaupun tempiasnya masih
dirasai, namun berkat doa dan usaha gigih para pemimpin negara dan
rakyat, kita masih mampu mengekalkan kestabilan ekonomi dan daya
saing negara di mata dunia. Dalam hal ini, kita perlu bersyukur kerana
kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara masih dapat
dinikmati sepenuhnya. Oleh itu, Beta menyeru rakyat supaya bersama4
sama menggembleng tenaga dan usaha memajukan ekonomi negara.
Beta percaya, berkat kerjasama semua pihak, negara dan rakyat akan
terus menikmati tahap prestasi ekonomi yang memberangsangkan.
8. Untuk memastikan kemerdekaan negara terus berkekalan, Beta
berharap agar rakyat terus berpegang teguh kepada prinsip-prinsip
Rukunegara. Hal ini demikian kerana apabila kelima-lima prinsip yang
terkandung dalam Rukunegara diamalkan, kesedaran, kepatuhan dan
kesetiaan kepada negara akan terus terpahat di hati sanubari rakyat.
Impaknya, akan lahirlah rakyat yang berjiwa patriotik dan
mengamalkan nilai-nilai murni. Beta juga inginkan rakyat terus
mengekalkan perpaduan dan saling menghormati serta bekerjasama,
bak kata pepatah Melayu “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing”, dan “Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”.
9. Generasi hari ini perlulah mempunyai minda kelas pertama
selaras dengan aspirasi negara iaitu menjadi bangsa yang Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang. Beta percaya bahawa rakyat yang berakhlak
mulia mampu menangkis gejala-gejala negatif seperti rasuah,
penyalahgunaan dadah, pecah amanah, gejala sosial dan sikap
antinasional. Hal ini amat relevan dengan dasar negara yang mahukan
nilai-nilai integriti diterapkan dalam kehidupan. Oleh itu, Beta menyeru
rakyat supaya dapat mengelakkan sikap antisosial yang boleh
menghancurkan keamanan dan kesejahteraan negara.

5
10. Pada hari ini, dunia menghadapi pelbagai ancaman akibat
daripada pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh manusia yang tidak
bertanggungjawab. Pelbagai isu berkaitan alam sekitar, penyakit dan
keamanan sejagat sering diperkatakan. Oleh itu, Beta menyeru agar
rakyat dapat menangani masalah ini secara positif dan rasional. Sikap
dan amalan yang berhikmah semestinya mendasari setiap tindakan
yang dilakukan. Dalam hal ini, rakyat mestilah sentiasa berfikiran
rasional yang Beta yakin menjadi indikator ke arah kejayaan negara
bangsa.
11. Harapan Beta agar Ulang Tahun Kemerdekaan kali ini menjadi
sambutan yang mencetus dan menyemarakkan semangat ‘1MALAYSIA’
menjadi kenyataan. Kerukunan hidup mestilah kita utamakan bagi
menjamin hidup yang sejahtera dan berkekalan. Oleh itu, Beta juga
berharap para guru dan murid-murid memahami erti kemerdekaan
dalam erti kata yang sebenarnya. Perjuangan memartabatkan bangsa
dan negara dalam mengekalkan kelangsungan kemerdekaan negara
perlu diteruskan. Justeru, keberkesanan guru-guru melaksanakan
tanggungjawab mendidik anak bangsa ialah satu amanah yang mesti
ditunaikan dengan penuh iltizam.
12. Akhir titah, Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar
sambutan ulang tahun kemerdekaan yang kita raikan ini dapat
merealisasikan matlamat mewujudkan keamanan dan kemakmuran
negara, selaras dengan tema Ulang Tahun Sambutan Kemerdekaan Kali

6
Ke-52 iaitu 1MALAYSIA. Oleh itu, tema ini mempunyai pengertian yang
amat bermakna ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju mengikut acuan kita sendiri.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-52 •
Sekian , Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullaahi Wabarakaatuh •

Tuesday, August 25, 2009

BULAN SUDAH PUN TERBELAH







Allah berfirman:
“Sungguh telah dekat hari kiamat, dan bulan pun telah terbelah.” (Q.S. Al-Qamar: 1)
Apakah kalian akan membenarkan ayat Al-Qur’an ini yang menyebabkan masuk Islamnya pimpinan Hizb Islami Inggris? Di bawah ini adalah kisahnya.
Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah?

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut:
Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah.
Beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan hal itu di University Cardif, Inggris bagian Barat. Para peserta yang hadir ber-macam2, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur’an.
Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, “Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah mengandung mukjizat secara ilmiah?

Maka saya menjawabnya: Tidak, sebab kehebatan ilmiah diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, maka hal itu adalah mukjizat yang terjadi pada masa Rasul terakhir Muhammad shallallahu ‘alaihi wassalam, sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana nabi2 sebelumnya.
Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah dan hadits2 Rasulullah, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur’an dan hadits2 Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan memang Allah ta’alaa benar2 maha berkuasa atas segala sesuatu.
Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah membelah bulan. Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang2 musyrik berkata, “Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek dan meng-olok2)?Rasulullah bertanya, “Apa yang kalian inginkan?” Mereka menjawab, “Coba belah bulan…” Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad saw agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan se-benar2-nya. Serta-merta orang2 musyrik pun berujar, “Muhammad, engkau benar2 telah menyihir kami!”
Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja “menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang2 yang akan pulang dari perjalanan.
Orang2 Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, orang2 musyrik pun bertanya, “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing2-nya kemudian bersatu kembali…”
Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda2 kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap… (sampai akhir surat Al-Qamar).
Ini adalah kisah nyata, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar. Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut, berdiri seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya berkata, “Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai Tuan, bolehkah aku menambahkan?”
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: “Dipersilahkan dengan senang hati.” Daud Musa Pitkhok berkata, “Aku pernah meneliti agama2 (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah terjemah makna2 Al-Qur’an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku mem-buka2 terjemahan Al-Qur’an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: “Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah…”
Aku bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal? Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu? Maka, aku pun berhenti membaca ayat2 selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan se-hari2. Akan tetapi Allah maha tahu tentang tingkat keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran.
Suatu hari aku duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada sebuah diskusi antara seorang presenter Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut bercerita tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa, padahal saat yang sama dunia sedang mengalami masalah kelaparan, kemiskinan, sakit dan perselisihan.
Presenter berkata, “Andaikan dana itu digunakan untuk memakmurkan bumi, tentulah lebih banyak gunanya.” Ketiga pakar itu pun membela diri dengan proyek antariksanya dan berkata, “Proyek antariksa ini akan membawa dampak yang sangat positif pada banyak segmen kehidupan manusia, baik pada segi kedokteran, industri ataupun pertanian. Jadi pendanaan tersebut bukanlah hal yang sia2, akan tetapi hal itu dalam rangka pengembangan kehidupan manusia.”

Dalam diskusi tersebut dibahas tentang turunnya astronot hingga menjejakkan kakinya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar. Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata, “Kebodohan macam apalagi ini, dana yang begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?”
Mereka pun menjawab, “Tidak! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun.”

Mendengar hal itu, presenter itu pun bertanya, “Hakikat apa yang kalian telah capai hingga demikian mahal taruhannya?” Mereka menjawab, “Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali!
Presenter pun bertanya, “Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?” Mereka menjawab, “Kami mendapati secara pasti dari batu2-an yang terpisah (karena) terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Kami meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, “Hal ini tidak mungkin terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali!”

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, “Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, Mukjizat (kehebatan) benar2 telah terjadi pada diri Muhammad shallallahu alaihi wassallam 1400-an tahun yang lalu. Allah benar2 telah meng-olok2 AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, hingga 100 juta dollar, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin! Agama Islam ini tidak mungkin salah… Lalu aku pun kembali membuka Mushhaf Al-Qur’an dan aku baca surat Al-Qamar. Dan saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.”
Subhanallah….
Wassalamu’alaikum Wr.Wb.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN / HAPPY CELEBRATING RAMADHAN


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
KEPADA:
PELAJAR PELAJAR SMK BATU MUDA
KAWAN KAWAN YANG BERADA DI SERATA NEGARA
GURU GURU
SERTA
SEMUA SENIOR DAN JUNIOR DAN ADIK2 YANG SAYA KASIHI
JANGAN PONTENG PUASA OK!!!
TO ALL MY FRIENDS IN USA,EGYPT,SAUDI ARABIA,INDONESIA AND SINGAPORE
HAPPY CELEBRATING RAMADHAN!!!DO NOT SKIP FASTING OK!!!
I HOPE YOU ALL DO THE BEST THIS YEAR!!!!

Wednesday, August 19, 2009

perbezaan lelaki handsome dan tak handsome dimata perempuan

Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler... kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat... kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan??

Tingkah laku perempuan menggambarkan diri seseorang lelaki itu handsome atau tidak.. Kerana handsome itu abstrak.. Tiada nilaian yang tetap padanya.. Tetapi kerana 'handsome' juga dapat menentukan jangkamasa hubungan seseorang lelaki itu dengan perempuannya..

P/S: Jangan menilai diri seseorang hanya melalui rupanya sahaja..

Sunday, August 16, 2009

what is Ramadhan?

Ramadhan is the ninth month in the Islamic calendar, believed by Muslims to be the holiest month of the entire year. Its reverence signifies the revelation of the Holy Qur'an to Prophet Muhammad. During this month, Muslims throughout the world fast from dawn until dusk. The word Ramadhan comes from the Arabic root word ramida or ar-ramad, which means 'intense heat and dryness'. It is a fitting name for the month in which Muslims endure the heat of hunger and thirst.
Ramadhan begins with the sighting of the new moon and ends when the first crescent of the next new moon rises, declaring the start of a new month called Shawwal. The first day of Shawwal is marked by a joyous celebration called Eid ul-Fitr, meaning 'Festival of Breaking Fast'. This festival starts off with special congregational prayers in mosques or Islamic centers, followed by hearty feasts and socializing.
There are a few important things that Muslims observe during Ramadhan:
1. Fasting. The act of abstaining from food, drink and sexual intercourse is so prevalent during the month that people often misunderstand Ramadhan to mean fasting. Actually, the Arabic word for fasting is sawm. Fasting begins with suhoor, which is a light meal or snack at dawn, and ends with iftar or breaking fast, a full meal just after sunset.
Fasting is two-faceted, involving the physical and spiritual aspects of Islam. Physically, Muslims abstain from eating, drinking, smoking or having any form of sexual contact from sunrise until sunset. Spiritually, Muslims refrain from negative habits, such as gossipping, cursing, lying and badmouthing others. Additionally, Muslims avoid obscene sights and sounds.
Fasting strips away the distraction of worldly pleasures and enables Muslims to concentrate on inner reflection and heightened purity of thought and action. Ramadhan is the month to pray, perform good deeds and pass time with family and friends. It is also a time to remember the poor and how they suffer to get even one meal per day. In fact, at the end of Ramadhan, Muslims are encouraged to give fitra, a sufficient amount of charity to feed one person for a day.
Muslims who find fasting a problem are not obliged to perform the one-month fast during Ramadhan. The elderly, very young children and sickly people are exempted from fasting. Those who have a temporary condition that prevents them from fasting are required to make up for any missed days after Ramadhan. If their condition is permanent or extended for a long period of time, they can provide charity to feed a needy person for each day missed.
2. Laylat al-Qadr. Also known as the Night of (Will) Destiny, this is the holiest night during Ramadhan. It is the night when the Holy Qur'an was first revealed by God to Prophet Muhammad through the angel Gabriel. Although the exact night remains a mystery, it is believed to be one of the last ten nights of Ramadhan, particularly the odd-numbered nights between the 21st and the 29th.
Muslims are encouraged to seek this night through ardent prayer. The Holy Qur'an has provided that prayers on this single night are better than prayers of a thousand months. Seekers of this night will be blessed manifold, whereby all of their sins will be erased as though they were reborn.
3. Tarawih prayers. Consisting of eight to twenty raka'ah, the Islamic units of prayer, these optional prayers are performed every night during Ramadhan. Tarawih prayers can be performed congregationally at the mosque or individually at home. At the mosque, the entire Holy Qur'an is recited for these prayers. The 114 chapters of the holy book have been conveniently divided into 30 equal sections, one for each night of Ramadhan.
Ramadhan is an opportunity for Muslims to cultivate a raised awareness of God the Almighty. It is a month of spiritual cleansing and reflection on past actions and a time for Muslims to think about their religious future. During this time, Muslims come together with a single objective: to serve God in accordance with His instructions and the practice of His messengers.

Saturday, August 15, 2009

menjalinkan persahabatan

sahabat umpama adik beradik kita sendiri.

pada hari ini remaja memilih kawan mengikut citarasa dan kehendak mereka sendiri.Apabila perkara ini tidak dipandang sirius maka terjadilah perkara yang tidak kita senangi.Saya sebagai penulis blog ini saban hari memerhatikan rakan saya terpedaya dengan ajakan rakan rakan maka saya akan meluahkan didalam blog saya ini..bukannya apa,kita ambil ini sebagai tauladan..harap maklum




KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik
akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan.
Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan
persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.
Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib.
Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga
terjalin kasih sayang dan kemesraan.
Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir
zaman dalam memperjuangkan agama.
Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik.
Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda
bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat
sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Hadis riwayat al-
Baihaqi).


Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan
dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk
Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau
telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah
membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku
ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika
hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar
apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang
dibuat olehmu.”


Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam
mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.
Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu
diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi
mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau
kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin
membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan
yang baik, antaranya :


• Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman
Sabda Baginda bermaksud:"Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang
yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa."
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).


• Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah kawan yang
buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya."
Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka
perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." (Hadis
riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).


• Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya
dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan
merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.
Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut
akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana
Allah.” (Hadis riwayat Muslim).


• Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim dengan
Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak
mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa
yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan
melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan
sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada
hari kiamat." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


INTIPATI:
Mencari sahabat sejati:~


• Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat
akhir zaman dalam memperjuangkan agama.


• Mempunyai kawan yang baik mampu membimbing kita ke arah kebaikan.


• Sahabat hendaklah dicari daripada kalangan orang beriman dan bertakwa.


• Sahabat yang mempunyai perangai dan akhlak yang buruk hendaklah dijauhi.

Thursday, August 13, 2009

Cara Cara menangani stress di musim peperiksaan

INI ADALAH ANTARA CARA CARA BAGI MENANGANI STRESS
Banyak membaca al-Quran.
Banyak bersenam.
Kawal pemakanan.( Kurangkan
makan daging merah, banyakkan makan buah-buahan dan elakkan makanan segera)
Rajinkan diri melihat ikan di akuarium.
Menangis dapat menghidari stress.
Bercerita dan mendengar cerita.
Mandi air suam.
Peluk bayi bukan buat bayi.. .
Amalkan teknik urutan
Ketawa boleh meringankan stress

Sunday, August 9, 2009

SEMINAR UTUSAN MALAYSIA DAN KEPUTUSAN RUGBI

Keriuhan ketika di lobi.Bas tak sampai dan balik lambat.Muka stress
Sebanyak 15 buah sekolah sekitar wilayah persekutuan menyertai program ini


Gambar kenangan bersama rakan rakan (bawah dari kiri: taufiq,ikhwan,Luqman
atas dari kiri: nuradinie,hafizah,azwa,nik)
Seminar SPM Utusan Malaysia telah berlangsung selama 2 hari di Auditorium Blok D8,Parcel D,Putrajaya anjuran yayasan wilayah persekutuan.Sebanyak 15 buah sekolah sekitar wilayah persekutuan kl dan putrajaya telah menyertai seminar ini.pada hari pertama seminar tersebut doktor ismail zain telah memberi ceramah tentang 'strategi ke arah kejayaan' beliau telah menceritakan berbagai strategi dan idea yang boleh digunakan semasa peperiksaan.Selain itu, beliau juga memberikan pelbagai input yang menarik seperti tauladan melalui video dan grafik khas yang diciptanya sendiri.Seminar ini diteruskan lagi dengan pengisian tentang bimbingan kerjaya dan halatuju pelajar.Pensyarah dari Universiti Melaya ini telah memberikan tips tentang halatuju pelajar selepas SPM.Banyak cara yang ditunjukkan oleh beliau untuk mencapai bidang yang dihajati oleh pelajar pelajar.Beliau juga telah mencadangkan supaya pelajar lepasan SPM mengambil peluang dalam merebut tempat di Universiti tempatan dan IPTA supaya dapat meringani beban keluarga mereka.Seminar ini berhenti rehat selama satu jam bagi pelajar menunaikan ibadat solat dan makan tengahari.Program ini disambung pula dengan teknik menjawab matematik...walaupun guru ini tidak dapat memberi khidmatnya yang terbaik tetapi kami telah mengambil peluang tersebut dengan melayani kawan baru yang kami berjumpa!!hehehe sumpah cikgu math tu ajar x paham langsung!!!!dan akhirnya seminar tamat pada jam 4 45 petang..pelajar diberi minum petang dan boleh bertolak pulang pada jam 5 petang..Bas SMK BATU MUDA telah menjemput kami lambat sebab kami ketiadaan guru pengiring berdikari katakan hehehehe...walaupun tiada guru pengiring tetapi kami tetap berjaya mengiring saramai hampir 50 orang pelajar ke putrajaya.masuk pula hari ke-2...pada permulaan seminar hari kedua..program telah dimulakan dengan teknikmenjawab bahasa inggeris..guru tersebut ada sense of humour boleh membuat orang gelak ..beliau telah memberi bayak tips yang berguna untuk di praktikan dalam peperiksaan nanti.seterusnya seminar ini diteruskan dengan strategi menghadapi pepriksaan oleh doktor ismail zain..beliau telah memberi banyak cara untuk menghadapi saat menghampiri peperiksaan..strategi yang diberikanya mudah digunakan oleh sesiapa sahaja dan senang dipraktikan semua yang mengikuti seminar ini pasti berpuas hati dengan mutu perbentangan oleh dr ismial zain itu.Pada akhir seminar ini kami telah belajar subjek sains....banyak yang diajarkan oleh pn Radziah kepada peserta.beliau juga boleh tahan kelakarnya dengan taglinenya 'cemas'..peserta yang beraliran sains tulen tidak didikriminasikan kerana subjek sains ini merupakan asas kepada 3 major subjek dalam aliran sains kecuali addmath,EST..kami telah bertolak pulang pada jam 5 petang dan sampai ke sekolah kami pada jam 6 15 petang..kami berasa gembira kerana dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya.....DAN AKHIR SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN RUGBI KITA YANG TELAH MENANG 2 KALI SERI 1 KALI DAN KALAH 1 KALI..TAHNIAH KE[ADA CIKGU MIRUL YANG TELAH MEMBIMBING MEREKA UNTUK BERJAYA HINGGA KE PERINGKAT TERSEBUT SEMOGA CIKGU MIRUL DAPAT MEMBERI TEKANAN KEPADA MEREKA SEHINGGA MENJADI GILA RUGBI OK!!!!

Friday, August 7, 2009

KELEBIHAN BULAN PUASA RAMADHAN



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.


3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.


5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.


7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.


8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.


9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Biografi :
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Wednesday, August 5, 2009

Amalan Pada Bulan Sya'ban

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.
Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.
Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:
Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.
Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..
Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:
Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".
Banyak melakukan amalan takwa dan taat.
Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".
Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".
Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.
Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.
Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.
Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.
Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.
Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah as-Syura: 30).

Sunday, August 2, 2009

Hari Keusahawanan SMK BATU MUDA 09

gerai 5 saha (sains hayat) muka penuh keseksaan
gerai lembaga pengawas yang sememangna penuh kontrovesi

sambutan dari masyarakat sekeliling yang begitu meriah sekali


Bahang kemeriahan hari keusahawanan SMK Batu Muda masih terasa sehingga kini.Sambutan hari kantin yang berlangsung di SMK Batu Muda teramatlah menggalakan.Banyak gerai dibuka dari kelas tingkatan satu hinggalah ke tingkatan enam (bawah).walaupun pada mulanya hujan lebat tetapi ianya telah membawa rahmat kepada smkbm kerana selepas hujan mulai reda ramai pengunjung datang ke Batu Muda yang sememangnya popular di zon sentul ini.Ramai pelajar dari sekolah sekolah sekitar zon sentul telah hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini.Salah satu gerai yang paling vogue di sekolah ialah gerai 10A1 iaitu gerai 5 Sains Hayat (gambar no 1) yang telah bertungkus lumus dan bersemangat untuk menjayakan karnival ini sehingga membuka gerai lebih awal berbanding gerai lain.Gerai 10A1 ini telah menjual berbegai aneka juadah salah satunya ialah float,ice cream bun,dadih,cake,kek ice cream,banana split, dan shushi..dan barangan yang tidak boleh dimakan ialah payung,benda alah bebentuk jam,dan menjaja muka..hehehe....banyak gerai yang dibuka pada hari tersebut dan persaingan begitu sengit untuk memastikan pelanggan mereka tidak lari..sehingga ada yang terpekik terlolong macam orng kene sampuk untuk menarik pelanggan datang ke gerai mereka..itulah lumrah dalam perniagaan moden pada masa kini...Lembaga Pengawas buat julung kalinya telah membuka gerai Prefecto italiano pada tahun ini (gambar no 2) ini membuatkan Pengawas Batu Muda tersenarai dalam BMGBOR (Batu Muda Guinei Book Of Record) mereka telah menjual set spegeti yang paling murah di smk Batu Muda.Gerai mereka sungguh meriah sehingga jualan mereka habis sebelum jam 12 tengahari,ini membuktikan bahawa dari keutuhan jati diri,mereka mempunyai bakat terpendam dalam bidang perniagaan,jadi mereka perlu diasah dari sini agar dapat menceburi semua bidang secara universal.Keseluhuranya, karnival keusahawanan Batu Muda disambut dengan meriah (gambar no 3) dengan jualan kupon terbanyak pernah dicatatkan dalam sejarah batu muda.Walaupun tiada 'rumah hantu' pada tahun ini tetapi ianya disambut dengan meriah sekali dengan munculnnya 'kota sesat' yang telah dianjurkan oleh pelajar tingkatan 3.Semua jualan gerai tamat pada jam 3 petang dan telah bekerjasama membersihkan kawasan sekolah...bagi kami (senior form 5) ini adalah tahun karnival keusahawanan yang begitu 'perfect sekali.kami pasti merindui junior dan adik-adik semua....dan jangan melupai kami ababg abang dan akak akak OK!!!!!Semoga SEK. MEN. KEB. BATU MUDA terus gemilang dalam mencapai misi dan misi serta cemerlang dalam semua aspek aktiviti korikulum dan kurikulum dan akhir sekali Terima Kasih kepada guru-guru yang telah berpenat lelah dalam menjayakan karnival keusahawan SMKBM ini dan WISH GUD LUCK to adik adik yang mengambil peperiksaan PMR yang akan trial pada bulan ogos 09 dan kepada kawan kawan yang akan mengambil SPM 09.Selamat maju jaya.sekian

Tuesday, July 28, 2009

Redha kemerdekaan dalam Ramadhan

pada tahun ini kemerdekaan disambut secara sederhana kerana menghormati bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.Sememangnya bulan ramadhan adalah bulan keberkatan,maka kita mestilah menjaga adab semasa bulan tersebut.sememangnya terdapat hikmah disebalik kemerdekaan pada bulan ramadhan.contohnya pada setiap tahun merdeka kita menyaksikan ramai remaja yang yang berpakaian pelik mendedahkan tubuh mereka yang tidak sempurna dan berpakaian ketat sendat melekat padat dan maksima,justeru pada tahun ini kemerdekaan dibulan puasa jadi mereka akan mendisiplinkan diri mereka.justeru Allah maha mengetahui dan telah menyedarkan golongan ini dengan keberkatan bulan Ramadhan.Jika iman tidak kuat hati tidak khusyuk memikirkan kekuasaan Allah dan menggangap bulan puasa sebagai penghalang kepada kemerdekaan jadi dustalah mereka pada nenek moyang mereka kerana mungkin kamu semua tidak sedar kerana hanyut dalam arus pemodenan glokal bahawa masa dahulu nenek moyang kita lah yang telah berjihad dengan komunis jepun dan british semasa bulan Ramadhan.Mereka berjuang semasa bulan puasa untuk menuntut kemerdekaan..inilah yang dikatakan kemerdekaan realiti.tapi sesetengah dari kita hanyalah mengatakan bahawa kemerdekaan untuk 'enjoy' kerana masa itu lah masa untuk bercuti.Fikirkan lah Rasulullah pun pernah berjihad semasa bulan puasa dan itu bukan menjadi penghalang kepada beliau untuk maju memperjuangkan Islam sempurna.Kemerdekaan pada tahun ini haruslah disebatikan dengan laungan solat terawih supaya kemerdekaan pada tahun ini dapat disambut dengan penuh keberkatan ilahi dan kepada remaja pada masa kini,erti kemerdekaan haruslah diektensikan dalam jiwa kamu supaya dapat menghayati perjuangan para sakura yang telah meninggal demi kemerdekaan,dan haruslah kamu semua bersemangat dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini dan kekalkan semangat kamu pada hari hari mendatang......

TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA 2009: 1 MALAYSIA

SENYUMAN RASULULLAH TIADA TANDINGAN

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."(Hadis riwayat At-Tirmizi) Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?” Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya. Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”. Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan. Jadi senyumlah dengan ikhlas dan dermalah orang dengan senyuman....