DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Tuesday, July 28, 2009

Redha kemerdekaan dalam Ramadhan

pada tahun ini kemerdekaan disambut secara sederhana kerana menghormati bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.Sememangnya bulan ramadhan adalah bulan keberkatan,maka kita mestilah menjaga adab semasa bulan tersebut.sememangnya terdapat hikmah disebalik kemerdekaan pada bulan ramadhan.contohnya pada setiap tahun merdeka kita menyaksikan ramai remaja yang yang berpakaian pelik mendedahkan tubuh mereka yang tidak sempurna dan berpakaian ketat sendat melekat padat dan maksima,justeru pada tahun ini kemerdekaan dibulan puasa jadi mereka akan mendisiplinkan diri mereka.justeru Allah maha mengetahui dan telah menyedarkan golongan ini dengan keberkatan bulan Ramadhan.Jika iman tidak kuat hati tidak khusyuk memikirkan kekuasaan Allah dan menggangap bulan puasa sebagai penghalang kepada kemerdekaan jadi dustalah mereka pada nenek moyang mereka kerana mungkin kamu semua tidak sedar kerana hanyut dalam arus pemodenan glokal bahawa masa dahulu nenek moyang kita lah yang telah berjihad dengan komunis jepun dan british semasa bulan Ramadhan.Mereka berjuang semasa bulan puasa untuk menuntut kemerdekaan..inilah yang dikatakan kemerdekaan realiti.tapi sesetengah dari kita hanyalah mengatakan bahawa kemerdekaan untuk 'enjoy' kerana masa itu lah masa untuk bercuti.Fikirkan lah Rasulullah pun pernah berjihad semasa bulan puasa dan itu bukan menjadi penghalang kepada beliau untuk maju memperjuangkan Islam sempurna.Kemerdekaan pada tahun ini haruslah disebatikan dengan laungan solat terawih supaya kemerdekaan pada tahun ini dapat disambut dengan penuh keberkatan ilahi dan kepada remaja pada masa kini,erti kemerdekaan haruslah diektensikan dalam jiwa kamu supaya dapat menghayati perjuangan para sakura yang telah meninggal demi kemerdekaan,dan haruslah kamu semua bersemangat dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini dan kekalkan semangat kamu pada hari hari mendatang......

TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA 2009: 1 MALAYSIA

SENYUMAN RASULULLAH TIADA TANDINGAN

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."(Hadis riwayat At-Tirmizi) Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?” Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya. Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”. Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan. Jadi senyumlah dengan ikhlas dan dermalah orang dengan senyuman....

Friday, July 10, 2009

HARI KANTIN SMK BATU MUDA 2009

Pada 2 ogos 2009 smk batu muda akan menganjurkan pesta keusahawanan bagi memupuk nilai estika pada setiap murid.orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pesta tersebut.harga kupon bagi setiap satu ialah RM 10.00 dan boleh didapati di pentas pehimpunan...bagi memeriahkan lagi pesta ini smk batu muda telah mengadakan beberapa acara ringkas seperti karaoke,cabutan bertuah pembeli kupon paling banyak dan pelbagai lagi.Diharap anda semua dapat hadir bagi memeriahkan lagi pesta ini....

HARI KEUSAHAWANAN SEK. MEN. BATU MUDA KUALA LUMPUR

Tempat: SMK BATU MUDA
Masa: 8.00 pagi-1.00 tgh
Tarikh: 2 0gos 2009
Aktiviti: pembukaan gerai oleh pelajar-pelajar smk batu muda

JANGAN LUPA MENGAJAK RAKAN-RAKAN ANDA!!!!

Saturday, July 4, 2009

MEMBELI NO UNIK ID MATRIK,MAKTAB DAN UPU DAN SEMAK NAMA PROGRAM KHIDMAT NEGARA BAGI 2010

nombor unik bagi matrikulasi,maktab dan UPU boleh dibeli di BSN (bank simpanan nasional).Harga bagi seunit mombor tersebut ialah berharga RM 6.00.anda boleh mendapat borang tersebut selepas pembayaran dibuat harap maklum.pendaftaran bagi matrikulasi,maktab dan upu adalah pada bulan Disember (tidak pasti).bagi pelajar yang lahir pada 1992 anda boleh menyemak nama anda dalam program latihan khidmat negara untuk memastikan anda terpilih atau sebaliknya...anda boleh menyemak mengguna sms dengan menghantar PLKN SEMAK <HANTAR> KE 15888 anda akan dibalas dalam masa 5 minit atau kurang mengikut keadaan dan tahniah kepada yang terpilih dan yang tidak terpilih anda boleh memohon di pejabat program khidmat negara....10% akan diambil dari program ini bagi memasuki universiti.

Nasyid SMK Batu Muda peringkat negeri

pada 4 julai 2009 kementerian pendidikan telah mengadakan satu acara bagi pelajar sekolah menegah.Acara tersebut ialah festival nasyid peringkat negeri.Pada tahun ini zon sentul telah dipilih sebagai tuan rumah yang bertempat di SM Sains Seri Puteri (seseri). kumpulan nasyid sautul nada telah melepasi peringkat zon dan berentap diperingkat negeri dan ini adalah keputusan bagi festival nasyid peringkat wilayah persekutuan kuala lumpur:

JOHAN: SMK WANGSA MAJU SYEKSEN 2
NAIB JOHAN: SMK (A) KUALA LUMPUR
KETIGA: SMK PADANG TEMBAK

johan bagi nasyid peringkat ini akan mewakili wilayah persekutuan ke peringkat negeri kelak.diharap kumpulan ini akan dapat mengharumkan nama kuala lumpur sebagai kota metropolitan yang tidak lupus dengan budaya tradisional melayu asli.Bagi kumpulan nasyid SMK Batu Muda pula telah mendapat tempat keempat...dan yang mendapat tempat ke lapan ialah maktab tentera diraja (MTD).....harap maklum