DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Tuesday, July 28, 2009

Redha kemerdekaan dalam Ramadhan

pada tahun ini kemerdekaan disambut secara sederhana kerana menghormati bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.Sememangnya bulan ramadhan adalah bulan keberkatan,maka kita mestilah menjaga adab semasa bulan tersebut.sememangnya terdapat hikmah disebalik kemerdekaan pada bulan ramadhan.contohnya pada setiap tahun merdeka kita menyaksikan ramai remaja yang yang berpakaian pelik mendedahkan tubuh mereka yang tidak sempurna dan berpakaian ketat sendat melekat padat dan maksima,justeru pada tahun ini kemerdekaan dibulan puasa jadi mereka akan mendisiplinkan diri mereka.justeru Allah maha mengetahui dan telah menyedarkan golongan ini dengan keberkatan bulan Ramadhan.Jika iman tidak kuat hati tidak khusyuk memikirkan kekuasaan Allah dan menggangap bulan puasa sebagai penghalang kepada kemerdekaan jadi dustalah mereka pada nenek moyang mereka kerana mungkin kamu semua tidak sedar kerana hanyut dalam arus pemodenan glokal bahawa masa dahulu nenek moyang kita lah yang telah berjihad dengan komunis jepun dan british semasa bulan Ramadhan.Mereka berjuang semasa bulan puasa untuk menuntut kemerdekaan..inilah yang dikatakan kemerdekaan realiti.tapi sesetengah dari kita hanyalah mengatakan bahawa kemerdekaan untuk 'enjoy' kerana masa itu lah masa untuk bercuti.Fikirkan lah Rasulullah pun pernah berjihad semasa bulan puasa dan itu bukan menjadi penghalang kepada beliau untuk maju memperjuangkan Islam sempurna.Kemerdekaan pada tahun ini haruslah disebatikan dengan laungan solat terawih supaya kemerdekaan pada tahun ini dapat disambut dengan penuh keberkatan ilahi dan kepada remaja pada masa kini,erti kemerdekaan haruslah diektensikan dalam jiwa kamu supaya dapat menghayati perjuangan para sakura yang telah meninggal demi kemerdekaan,dan haruslah kamu semua bersemangat dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini dan kekalkan semangat kamu pada hari hari mendatang......

TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA 2009: 1 MALAYSIA

No comments:

Post a Comment