DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Saturday, August 29, 2009

TITAH YDP AGONG (KEMERDEKAAN)

1.
Bismillahir Rahmannir Rahim,
Al-hamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
Wabihi Nasta’in .
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, Beta memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah
Subhanahu Wata’ala, atas limpah kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruh
rakyat menyambut dan meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara
Kali Ke-52 pada tahun ini. Besarlah harapan Beta semoga sambutan
kemerdekaan pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan
keinsafan daripada seluruh rakyat jelata, khususnya warga pendidik dan
murid-murid sekolah.
2. Beta berasa syukur dan berbangga kerana rakyat jelata masih
dapat meraikan sambutan kemerdekaan dalam suasana yang penuh
harmoni dan semangat perpaduan. Beta percaya bahawa perpaduan
dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum merupakan
tonggak keamanan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, Beta berharap
supaya nilai-nilai murni yang kita amalkan selama ini dikekalkan bagi
melahirkan insan yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti.
3. Beta juga berharap agar negara kita menjadi model kepada
negara-negara lain khususnya dalam kebebasan mengamalkan ajaran
agama. Justeru, keharmonian yang dikecapi ini melambangkan

2
kesefahaman dan toleransi dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada
penganut agama yang berbeza. Kesefahaman ini bukanlah mudah
untuk kita perolehi. Tetapi berkat pengorbanan dan sikap bertolak
ansur dalam kalangan rakyat mengamalkan ajaran agama masingmasing,
maka kita berjaya mewujudkan sebuah negara yang makmur.
4. Justeru, Beta berharap para pendidik dan murid-murid perlu
menghayati erti kemerdekaan supaya menjadi bangsa yang mendokong
cita-cita perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang terdahulu.
Kesedaran ini akan menyemarakkan semangat cinta akan negara dan
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu yang berbunyi Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sehubungan dengan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu
difahami dan dihayati. Beta berharap para pendidik meneruskan usaha
murni ke arah melahirkan generasi muda yang celik sejarah. Beta yakin,
apabila generasi muda kita celik sejarah, kita berupaya mewujudkan
modal insan yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
5. Dalam mengekalkan kemerdekaan selama 52 tahun, kita telah
dapat menghayati satu kelangsungan amalan yang termaktub dalam
Perlembagaan Negara. Hasilnya, tanpa mengira perbezaan kaum dan
agama, kita berupaya mengekalkan hak kehidupan di dalam negara
yang berdaulat ini. Beta berharap agar para pendidik dan murid-murid
menjadikan Perlembagaan Negara sebagai satu wahana ke arah
mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Oleh itu, kita

3
mampu mengangkat martabat negara ke arah negara maju di mata
dunia.
6. Kemajuan yang dinikmati tidak mampu dikekalkan sekiranya
kestabilan politik tidak dapat diwujudkan. Justeru, Beta berharap rakyat
dapat berpadu tenaga dan fikiran ke arah mewujudkan kestabilan dan
keamanan negara yang berterusan. Oleh itu, Beta menyeru agar rakyat
dan pemimpin tanpa mengira ideologi politik dan agama bersama-sama
seia-sekata merungkai kesejahteraan hidup demi negara tercinta.
Hubungan yang erat antara pemimpin dan rakyat, hendaklah “Bagai aur
dengan tebing” supaya tiada jurang yang memisahkan rakyat. Beta
amat berkenan dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. Kesungguhan para pemimpin membela hak rakyat
mestilah diutamakan dalam agenda perjuangan memartabatkan negara.
Sehubungan dengan itu, negara akan terhindar daripada ancaman
anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai peluang untuk memecahbelahkan
perpaduan rakyat.
7. Beta juga bersyukur kerana negara kita berjaya mengharungi
kegawatan ekonomi dengan tabah. Walaupun tempiasnya masih
dirasai, namun berkat doa dan usaha gigih para pemimpin negara dan
rakyat, kita masih mampu mengekalkan kestabilan ekonomi dan daya
saing negara di mata dunia. Dalam hal ini, kita perlu bersyukur kerana
kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara masih dapat
dinikmati sepenuhnya. Oleh itu, Beta menyeru rakyat supaya bersama4
sama menggembleng tenaga dan usaha memajukan ekonomi negara.
Beta percaya, berkat kerjasama semua pihak, negara dan rakyat akan
terus menikmati tahap prestasi ekonomi yang memberangsangkan.
8. Untuk memastikan kemerdekaan negara terus berkekalan, Beta
berharap agar rakyat terus berpegang teguh kepada prinsip-prinsip
Rukunegara. Hal ini demikian kerana apabila kelima-lima prinsip yang
terkandung dalam Rukunegara diamalkan, kesedaran, kepatuhan dan
kesetiaan kepada negara akan terus terpahat di hati sanubari rakyat.
Impaknya, akan lahirlah rakyat yang berjiwa patriotik dan
mengamalkan nilai-nilai murni. Beta juga inginkan rakyat terus
mengekalkan perpaduan dan saling menghormati serta bekerjasama,
bak kata pepatah Melayu “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing”, dan “Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”.
9. Generasi hari ini perlulah mempunyai minda kelas pertama
selaras dengan aspirasi negara iaitu menjadi bangsa yang Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang. Beta percaya bahawa rakyat yang berakhlak
mulia mampu menangkis gejala-gejala negatif seperti rasuah,
penyalahgunaan dadah, pecah amanah, gejala sosial dan sikap
antinasional. Hal ini amat relevan dengan dasar negara yang mahukan
nilai-nilai integriti diterapkan dalam kehidupan. Oleh itu, Beta menyeru
rakyat supaya dapat mengelakkan sikap antisosial yang boleh
menghancurkan keamanan dan kesejahteraan negara.

5
10. Pada hari ini, dunia menghadapi pelbagai ancaman akibat
daripada pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh manusia yang tidak
bertanggungjawab. Pelbagai isu berkaitan alam sekitar, penyakit dan
keamanan sejagat sering diperkatakan. Oleh itu, Beta menyeru agar
rakyat dapat menangani masalah ini secara positif dan rasional. Sikap
dan amalan yang berhikmah semestinya mendasari setiap tindakan
yang dilakukan. Dalam hal ini, rakyat mestilah sentiasa berfikiran
rasional yang Beta yakin menjadi indikator ke arah kejayaan negara
bangsa.
11. Harapan Beta agar Ulang Tahun Kemerdekaan kali ini menjadi
sambutan yang mencetus dan menyemarakkan semangat ‘1MALAYSIA’
menjadi kenyataan. Kerukunan hidup mestilah kita utamakan bagi
menjamin hidup yang sejahtera dan berkekalan. Oleh itu, Beta juga
berharap para guru dan murid-murid memahami erti kemerdekaan
dalam erti kata yang sebenarnya. Perjuangan memartabatkan bangsa
dan negara dalam mengekalkan kelangsungan kemerdekaan negara
perlu diteruskan. Justeru, keberkesanan guru-guru melaksanakan
tanggungjawab mendidik anak bangsa ialah satu amanah yang mesti
ditunaikan dengan penuh iltizam.
12. Akhir titah, Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar
sambutan ulang tahun kemerdekaan yang kita raikan ini dapat
merealisasikan matlamat mewujudkan keamanan dan kemakmuran
negara, selaras dengan tema Ulang Tahun Sambutan Kemerdekaan Kali

6
Ke-52 iaitu 1MALAYSIA. Oleh itu, tema ini mempunyai pengertian yang
amat bermakna ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju mengikut acuan kita sendiri.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-52 •
Sekian , Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullaahi Wabarakaatuh •

No comments:

Post a Comment