DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Friday, December 18, 2009

HIJRAH KEKASIH

nurkilan: Luqman Hasan

Kesetiaan Abu Bakar teman sepanjang jalan
Keberanian saidina Ali mengamit maut di hujung selimut
Ketabahan Asma' srikandi perancang bekal musafir
Setia,berani,tabah teserlah
Di hijrah Rasulullah......menuju Allah
Ke kota madinah

Di gua Thur jejaring lelabah mengukir keliru
merpati pun bersarang rendah menghibur gundah
Bisa ular dikaki Abu Bakar menjadi penawar
angin malam dan ribut pasir pun reda seketika
tentera tuhan...akur setia
suara alam....sunyi seketika
pada dua kekasih-Nya didalam gua

di madinah suara rindu syahdu mendayu
hari syukur,tafakur atas nikmat dan rahmat
marhaban...marhaban...marhaban..
meriah kedengaran
Al Qaswa dibiarkan memilih persinggahan
di depan rumah Abu Ayub akhirnya....
bertamulah keberkatan

bibena masjid telapak semadi ketulusan hati
dengan ilahi..
sesama insani..
muhajirin dan ansar dipersaudarakan
aus dan kharaj diserasikan
perisai ummah benteng kekuatan

itulah keindahan sebuah hijrah
yang betintakan kesusahan....
berdakwatkan ketabahan
itulah hijrah kekasih Allah
berasaskan iman bertunjangkan ukhwah
menara islam terjulang
dimadinah munawarah!!


Tema Maal Hijrah pada tahun ini (2009) : 'MEMANTAPKAN UMMAH , MEMPERKASAKAN UKHWAH'

Wednesday, December 9, 2009

JADI LAH LELAKI YANG BERIMAN!!SUSAH SANGAT KER??

Assalamualaikum​ W.B.R dan SalAm Ukhuwah..

Kenapa Lelaki?

Wahai lelaki diluar sana,jadilah seorang lelaki yang beriman,lelaki yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah dan jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam..Bukan lelaki yang hanya pandai bercakap tapi tak mengamalkan.​.​Jangan jadi lelaki yang hanya mengaku Islam tapi hanya pada kad pengenalan..

Ya! Jadilah lelaki yang mukmin.Lelaki yang sentiasa haus dengan ilmu,sentiasa dahaga akan pahala,lelaki yang meanggap solatnya adalah maruah dirinya..Bukan lelaki yang takut untuk berkata benar,lelaki yang gentar untuk melawan nafsu atau lelaki yang sentiasa mengelak bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.


KITA NAK YANG TERBAIK TAPI ADAKAH KITA YANG TERBAIK?

Bila berbicara tentang pasangan hidup,ramai LELAKI yang mengimpikan wanita yang baik,solehah dan sebagainya tetapi adakah kita ini dah menjadi lelaki yang menjaga tutur katanya,LELAKI yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,​LELAKI yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,​LELAKI yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ataupun LELAKI yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.?

Kepada diri ini dan semua warga LELAKI,marilah sama-sama kita menjadi seorang lelaki yang menghormati ibu bapanya,LELAKI yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,​LELAKI yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,​LELAKI yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,LELAKI yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.


ADAKAH KITA NAK JADI LELAKI YANG MACAM NI??

Ahh...lelaki zaman sekarang bukan betul sangat pun.Yang tau amik kesempatan terhadap perempuan ramai la..Begitu la keluhan yang dilontarkan kepada lelaki sekarang.​.​Adakah kita termasuk saya inigin mengiyakan kata-kata tersebut?​?​Tiada guna kita membalas semula kritikan terbabit dengan tohmahan negatif sebaliknya tunjukkan la qudwah hasanah!

Adakah kita teringin menjadi seorang lelaki yang sentiasa mengelak untuk menjadi imam,lelaki yang tidak mencontohi sifat-sifat Rasulullah,​tidak boleh diajak berbincang dan berbicara,​tidak menjaga matanya dari berbelanja,​atau lelaki yang tak pernah sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah yang diberi?.

Bangunlah wahai lelaki!​Janganlah kita menjadi lelaki yang banyak membazirkan masa tetapi sebaliknya tekun mencari keredhaan-Nya sehingga mata kita kepenatan kerana membaca al- Quran,suara kita lesu kerana penat berzikir,tidur kita lena dengan cahaya keimanan,kita dapat bangun solat Subuh dengan penuh kecergasan kerana sehari lagi usia kita menjadi bertambah matang.

LELAKI IDAMAN PARA BIDADARI...

Sudah terbentang ayat-ayat Al-Quran yang menyebut orang yang beriman berkali-kali tapi seringkali kita menjadi pekak dan tuli.Jangan berlengah lagi..Mulai sekarang tekad pada diri yang kita boleh menjadi seorang lelaki yang sentiasa mengingati mati,lelaki yang meneruskan perjuangan Islam dan lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia kerana kita semua... KITA SEMUA...

KITA SEMUA mengimpikan syurga Allah.​.​Wassalam.​.​

p/s:Saya juga LELAKI.​.​.​BERSEMANGATLAH!​!​


ANDA BACA ANDA TENTUKAN....

Saturday, December 5, 2009

PERGI NYA SEORANG SAHABAT MENYERU SERUAN ILAHI



Pada tanggal 5 Disember 2009 SMK Batu Muda telah dikejutkan dengan kematian saudari Anis Safirah bt mohd Zakei

Beliau telah mengalami jangkitan kuman di paru parunya

Pada petang 4 Disember arwah telah dimasukan ke hospital Selayang.
pada waktu tersebut arwah Koma

Pada jam 11.00 pagi 5 Disember 2009 arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya.

"YA ALLAH ENGKAU LETAKLAH HAMBU MU ITU DITEMPAT YANG SOLEH"

'AL FATIHAH'

Alayarhamah Anis Safirah Bt mohd Zakei
smk batu muda, 5 sains hayat
1992-2009


Thursday, December 3, 2009

MERDEKANYA SEORANG PELAJAR SELEPAS 11 TAHUN BERJUANG

Orang pernah berkata ' menuntut ilmu sampai ke negeri China'

dalam konteks ni kami pelajar yang menduduki peperiksaan ini OTW pergi ke negeri China!!!ngeeee~

pejam celik2 sekarang nie sudah 13 tahun kita bersekolah

1 tahun : pra taska
1 tahun : tadika
6 tahun : sekolah rendah
5 tahun : sekolah menengah

ini bermakna kita sudah mempunyai experience bersekolah selama 13 tahun!!!!wow!!!

pape pun saya ingin mengucapkan semoga berjaya dalam mencapai hasrat kamu semua!!!semoga dapat straight A dalam SPM tahun 2009!!!mari kita pecah record!!!!

kepada BAKAL EX BATU MUDA aku merindui kamu semua!!!!eemmm...x sangka aku akan cakap sebegini....~aku sayang korang semua!!!!eeee~