DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Wednesday, December 9, 2009

JADI LAH LELAKI YANG BERIMAN!!SUSAH SANGAT KER??

Assalamualaikum​ W.B.R dan SalAm Ukhuwah..

Kenapa Lelaki?

Wahai lelaki diluar sana,jadilah seorang lelaki yang beriman,lelaki yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah dan jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam..Bukan lelaki yang hanya pandai bercakap tapi tak mengamalkan.​.​Jangan jadi lelaki yang hanya mengaku Islam tapi hanya pada kad pengenalan..

Ya! Jadilah lelaki yang mukmin.Lelaki yang sentiasa haus dengan ilmu,sentiasa dahaga akan pahala,lelaki yang meanggap solatnya adalah maruah dirinya..Bukan lelaki yang takut untuk berkata benar,lelaki yang gentar untuk melawan nafsu atau lelaki yang sentiasa mengelak bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.


KITA NAK YANG TERBAIK TAPI ADAKAH KITA YANG TERBAIK?

Bila berbicara tentang pasangan hidup,ramai LELAKI yang mengimpikan wanita yang baik,solehah dan sebagainya tetapi adakah kita ini dah menjadi lelaki yang menjaga tutur katanya,LELAKI yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,​LELAKI yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,​LELAKI yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ataupun LELAKI yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.?

Kepada diri ini dan semua warga LELAKI,marilah sama-sama kita menjadi seorang lelaki yang menghormati ibu bapanya,LELAKI yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,​LELAKI yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,​LELAKI yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,LELAKI yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.


ADAKAH KITA NAK JADI LELAKI YANG MACAM NI??

Ahh...lelaki zaman sekarang bukan betul sangat pun.Yang tau amik kesempatan terhadap perempuan ramai la..Begitu la keluhan yang dilontarkan kepada lelaki sekarang.​.​Adakah kita termasuk saya inigin mengiyakan kata-kata tersebut?​?​Tiada guna kita membalas semula kritikan terbabit dengan tohmahan negatif sebaliknya tunjukkan la qudwah hasanah!

Adakah kita teringin menjadi seorang lelaki yang sentiasa mengelak untuk menjadi imam,lelaki yang tidak mencontohi sifat-sifat Rasulullah,​tidak boleh diajak berbincang dan berbicara,​tidak menjaga matanya dari berbelanja,​atau lelaki yang tak pernah sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah yang diberi?.

Bangunlah wahai lelaki!​Janganlah kita menjadi lelaki yang banyak membazirkan masa tetapi sebaliknya tekun mencari keredhaan-Nya sehingga mata kita kepenatan kerana membaca al- Quran,suara kita lesu kerana penat berzikir,tidur kita lena dengan cahaya keimanan,kita dapat bangun solat Subuh dengan penuh kecergasan kerana sehari lagi usia kita menjadi bertambah matang.

LELAKI IDAMAN PARA BIDADARI...

Sudah terbentang ayat-ayat Al-Quran yang menyebut orang yang beriman berkali-kali tapi seringkali kita menjadi pekak dan tuli.Jangan berlengah lagi..Mulai sekarang tekad pada diri yang kita boleh menjadi seorang lelaki yang sentiasa mengingati mati,lelaki yang meneruskan perjuangan Islam dan lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia kerana kita semua... KITA SEMUA...

KITA SEMUA mengimpikan syurga Allah.​.​Wassalam.​.​

p/s:Saya juga LELAKI.​.​.​BERSEMANGATLAH!​!​


ANDA BACA ANDA TENTUKAN....

No comments:

Post a Comment