DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Sunday, July 11, 2010

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR KMJ (Update 2012)

Kolej Matrikulasi Johor telah ditubuhkan pada tahun 2002, kolej matrikulasi niy terletak di Tangkak, daerah Ledang ya berdekatan dengan bandar tangkak yang sememangnya syurga tekstile.

Kolej Matrikulasi Johor terkenal dengan prasarana yang cukup sempurna berbanding dengan kolej matrikulasi yang lain, ini kerana Kolej Matrikulasi Johor adalah Pusat Kecemerlangan bagi KoKurikulum...dengan prasarana sukan yang serba lengkap kolej matrikulasi johor ini telah menjadi tuan rumah kepada Karnival Kokurikulum Matrikulasi sebanyak 2 kali..sekali gus menjadikan kolej matrikulasi yang paling banyak menjadi tuan rumah kepada karnival yang sungguh berprestij itu. prasarana yang di katakan itu adalah seperti Trek balapan, padang, court squash, tennis,badminton petangue,sepak takraw, basketball, futsal dan lain2 lagi..

Kolej matrikulasi Johor ini terkenal dengan landskapnya yang indah serta berkabus pada setiap pagi dan panorama SUNSET yang sentiasa menjadi syurga kepada pelajar kolej matrikulasi johor, permandangan Gunung Ledang juga jelas kelihatan dari Kolej Matrikulasi Johor ini..bentuk muka bumi yang landai memudahkan lagi perjalanan pelajar2 untuk beriadah pada setiap petang.

staff2 serta pensyrarah yang aktif menjadikan kolej matrikulasi ini disegani oleh kolej2 matrikulasi yang lain, serta peraturan yang ketat menjadikan pelajar disini semuanya berdisiplin serta akan menjadi insan yang cemerlang..Kolej matrikulasi ini telah mencapai beberapa pencapaian yang memberansangkan contohnya antara kolej matrikulasi yang cemerlang dalam bidang ekonomi, serta akaun selain itu, peratusan bilangan A tertinggi antara matrikulasi seluruh Malaysia bagi subjek KIMIA..

Di matrikulasi johor ini tidak perlu dibimbangkan soal makanan kerana disini terdapat pelbagai jenis juadah selera selatan, anda yang kurus selepas matrikulasi ini akan bertmbah berat badan awas !
penginapan di sini cukup istimewa..dikelilingi dengan flora dan fauna menghijau serta permandangan gunung ledang menjadikan suasana kolej kediaman anda seperti sebuah Hotel bertaraf 5 bintang..

antara panorama kolej matrikulasi johor :








8 comments:

  1. 27 mei ni nak daftar dekat sini . Nevesnevess --"

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dapat sini jugak... macam best je..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. eima pun daftar 27 mei ni jugaa :)
    tumpang tanya, luqman, ada satu gambar kt atas tuh, amzar ahlami kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Amzar ahlami , niy mesti adik die kan :) hihi

      Delete
  3. best nyer kmj !! x sabar nak daftar..
    tapi dengar kata senior,banyak cerita hantu kan kat sini, betul ke abang luqman?

    ReplyDelete
  4. ehem ehem . InsyaAllah 27Mei ni daftar di sini . hehe , bakal penuntut Kolej Matrikulasi Johor .

    ReplyDelete
  5. Tahniah yang dapat kolej matrikulasi johor :) jangan sia2 kan peluang yang dapat tu, belajar rajin2 ye adik2 dapatkan pointer tinggi, then dpt biasiswa dpt ringan kn beban ibu bapa

    ReplyDelete