DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Thursday, December 9, 2010

SEPANJANG.....TINTAKU MENGERING

EMM... lame dah tak tulis blog...dalam ketidaklamaan tak menulis blog ni mcm2 perkara terjadi tau....ni ringkasannyer...

OUTING KE MELAKA
memang best tau outing pergi Melaka bandaraya bersejarah...lagi2 dapat bersiar siar kt MP dan DP...pastu pg tengok wayang dan sebagainyer...yang tak tahan nyer kteorg boleh karaoke kol 1-2 pagi...lalalala memang kenangan yang terindah...kawan aku yang terjebak sekali ialah
1. Fikri Arif
2. Junaydi Ali
3. Kasturi Musa
4. Azmi
5. Aku!!

RESULT KELUAR!!!
memang berdebar time tu...dari pagi hingga ke petang tunggu...tidur lena, makan kenyang, minum sebu, mandi pon basah...wee...ingatkan apa yang aku target tak dpt...Almaklum la matriks....memang susah nk dapat soalan pown boleh tahan la smpai urat kentut putus...
akhirnya result aku memang memuaskan....aku pon berpuas hati...aku rase bertuah kerana ramai juga yang fail...lalala

MIKI
Minggu Inovasi Kesenian Islam....(matrikulasi johor) pertandingan yang aku menyertai ialah syarahan agama, tulisan khat dan pertandingan montaj...seperti diduga...memang susah untuk melayakkan diri di kelompok 3 teratas kerana persaingan seperti peringkat kebangsaan....boleh dikatakan seluruh negara terlibat la...apa2 pon keputusan nya akan diumumkan pada minggu penutupan program ini iaitu 12.12.2010....tidak mengharapkan kemenangan asalkan tahu kemampuanku sehingga tahap mana..jika ditakdirkan menang...johan akan bertandingan dalam MIKI antara kolej matrikulasi mengikut kategori masing2...

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA ARAS BLOK AL ZAHRAWI
fuh..memang memenatkan pada hari tersebut kerana perlu mengejar masa...selepas jer balik dari kuliah/tutor teros jer pergi warming up dan teros jer berlawan....
First game = kalah
Second game = menang
Third game = kalah
tidak mengapalah...asalkan sudah menyertai....lalala

EDUSCIENCE (TERBARU)
minggu edu sains ini merupakan minggu sains...aku tak mengambil banyak bahagian dalam minggu sains ini aku hanya mengambil bahagian dalam pertandingan Quiz sains..itu pon tak mengharapkan kemenangan di peringkat saringan kerana seramai lebih dari 100 orang menyertainya...tapi Alhamdulillah peringkat pertama aku sudah lepas dan sekarang ready untuk peringkat kedua..

ini saja berita yang dapat disalurkan kepada anda dari saya harap mendapat manfaat ok serta informasi nya..weee bye2

No comments:

Post a Comment