DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Sunday, May 22, 2011

lawak seyh (!)

KEJADIAN 1

location : rumah mak teh, Melaka
time : 1-2 petang
''pak ngah 2x meh sini cepat!! shidi ade nk tunjuk sesuatu niy''
dengan laju2 nye aku tros pg kearah shidi..shidi diam je..die tunjuk kearah hutan
aku berasa hairan kejap..nape budak sekor niy..da kene rasuk antu ker??
tetibe si budak kecik tu pun menjerit mcm sekuat hati die jer....terkejut aku!!melatah jugak ar...
menjerit mcm kene rasuk...pastu aku bwk la g msuk umah mak teh...tetibe ''penis die stim jer'' hahahah
|censored|!!! aku pon cakap..''nape jerit tadi??'' pastu die cakap la...shidi nk jd monyet macam kt dalam hutan tu....haha pastu aku cakap lagi..nape shidi punyer adik naik?? sbab muke abang hensem~
=,=! sah budak niy nk kene bagi penampar jepun~!!

KEJADIAN 2

location : Victoria Station
time : lepas isha'
saje je jalan2 sbb kawan nk banjer kat victoria station tu..huhu yela mner ade kawan yg snggup banjer kt restoran mahal mcm tu...yela anak menteri katakan...nasib baik perangai die tak bongkak..tengah2 makan niy ader la sorang brader ngn makwe die msuk kt restoran niy...muke mcm berlagak jer..tak la kacak mner..
makwe tak la lawa mner..pastu die duduk dekat jer ngn kteorg..
terdengar la die cakap....''B nape pilih restoran macam niy, tak romantik la''
ishk...geli geleman aku dengar...pastu aku dengar dier order steak...huhuh tuk 2 orang....kteorg usha la dierng sbb time tu tak ramai orang..pastu brader tu saound kteorng..haha die cakap klo nak usha makwe dier kene penumbuk sulung dari dier...dalam hati kteorng rase cm bongkak giler dier tu....pastu kteorg da abis mkn..brader tu pon da abis makan..kteorg pggl waiter tu sroh kira..tup2 die tarik waiter tu kat dier..kteorg biar je ar...malas nk layan brader tu....pastu tetibe dengar die tengking waiter tu...''NAPER SMPAI RM200 LEBEH PULAK!!AKU MKN NIY JER''
hahaha kteorg senyum jer..pastu brader tu sruh waiter tu kire kteorg punyer...bill kteorang RM 536.45 
pastu GF brader tu usha jer kteorang..brader tu pon tengok jer...ta tau la dier nak aper...pastu kawan aku niy kuar la kad kredit dier...hahaha..yang perempuan tu just tengok jer...kwn aku yg kuar kad kredit tu...mybe nk  cukur la tuh..kihkih...pastu smbil kteorg tggu resit...aku dengar dorang cakap yang dorang tak cukup duit..duit ader 50 jer..huhuhu kteorng pon terus cau dari situ...malang ta berbau lagi...yang lelaki tu sruh kire lagi sekali pastu tetibe ader bau yang kurang menyenangkan....hehehh pikir2 la aper tu yer..

KEJADIAN 3

location : kedai burger
time : malam

aku : ye abang nk beger aper??
abang : bg sy berger lembu 1 buat spesial
aku : huh??!! berger lembu (blurr)
abang : yer lembu..pastu bg telur atas lembu tu yer...
aku : abang sini tak der khidmat telur atas lembu..
abang : tak maksud abang lembu atas telur...
aku : huh!!??ta faham la bang
abang : bagi abang beger daging special 1 ye dik..
aku : senyum ;P

KEJADIAN 4

location : dalam kete
time : ta ingat

aku : weh nk gi mne niy??
kwn : jenjalan la
aku : ye la kt mner??
kwn : pernah tak dengar ader satu taman yang cantik dikelilingan air yang biru serta kaca warna kelabu yang ada pendua nya jika dilihat dari depan taman yang sebesar 74 hektar, ramai orang puja disitu serta orang main romen kt situ jugak, melihatnya sungguh cantik sehingga DSLR keluar memetik butang sehingga tersimpan dalam memori..
aku : =,=! terus terang ko nk g mner jangan sampai aku terajang muker ko sehingga gigi ko berlumbe2 msk dalam perut..
kwn : KLCC la..
aku : okey..tu jer??
kwn : yerp..
aku : duku kepala kwan..


Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru, Guru transformasi diriku :)

ok post tuk arini pasal ari guru la beb!!
selama ni aku asyik kutuk2 jer cikgu..dulu time2 skolah dulu pon ape kurang nyer
setiap ari ade jer aku ta puas ati ngn cikgu...walaupun aku pengawas..tapi still ader jugak cikgu yng aku ta suke
skang niy baru aku tau..betapa susahnyer jadi cikgu!!
banyak halangan yang terpaksa ditempuhi
contoh :
Budak2 kurang siuman
main kejar2 ngn student
terpaksa menjerit sampai pecah tekak...
kene tanda kertas exam
kene jd cikgu bertugas..
kene maki ngn ibu bapa dan banyak agi 

kadang2 sian la jugak tengok cikgu niy kan..
ape2 pon dalam setahun ade jugak 1 hari tuk menghargai jasa guru....
ok la jugak kan..lagi2 cikgu yang popular mesti dpt banyak hadiah :)
cikgu keje sampai pecah muke pon ade juga semangat die nk mengajar..
dulu time aku sekolah memang ler bertuah sebab dapat cikgu yang VOGUE2..huhu korang jangan jeles..
 sekang pown time belajar kat KOLEJ MATRIKULASI JOHOR pon lecture sume best2 dan sporting
sume lecture dan guru2 banyk memberi semangat.
ok...
td tu mukadimmah jer yer :) huhuhu
skang niy aku nk ucap bebanyk terima kaseh kat cikgu2 sekolah dulu sebab telah bnyak memberi
tunjuk ajar dan nasihat serta pedoman kepada saya sehingga berjaya hingga ke hari ini
dan kepada lecture saya jugak terima kaseh kerana memberi kuliah yang dianggap berkualiti sehingga saya mendapat pointer 3.75..
sememangnya guru2 yang telah mengajar saya byk membuat transformasi keatas diri saya...
dari jahat--------->baik
dari bodoh--------->pandai
dari hodoh---------->hensem (ade kene mengene ker??)
dari lesu----->semangat
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2011
*kepada cikgu/lecture yang ta thn perangai sy tu harap maaf kan yer..da sifat semula jadi sy :)kihkih
sampai kene baling tepung, pancit tayar, calar kereta, baling cat, pecah cermin kereta, sorry yer cikgu :P

Wednesday, May 11, 2011

Debat tentang Hari Ibu Di Malaysia haram atau tidak? : Luqman hasan vs saudari .......

PERDEBATAN ANTARA WAKLU DAN ...............(SAUDARI) YANG BERLANGSUNG DI CHATBOX FACEBOOK....ANDA TENTUKAN YA :)

lawan : Maaf ya hari ibu sebenarnya haram disambut oleh golongan Islam dan boleh membawa kepercayaan yang telah wujud semenjak beratus- ratus tahun dahulu..oleh itu kita patut menyedari tentang kesan tindakan kita yang menyambut hari ibu ini keatas diri kita dan keatas agama kita....

waklu : salam saudari, hari ibu di Malaysia sememangnya berbeza di negara negara lain di dunia..kerana kita sebagai manusia perlu menghargai pengorbanan seorang wanita yang bernama ibu...jika ingin menyatakan tentang sejarah kewujudan hari ibu, mengapakah perlu diperluaskan dengan bukti yang tidak sahih dan lengkap...kita perlu memperuntukakn 1 hari khas bagi kaum ibu untuk merasai penghargaan oleh kita...tidak begitu??

lawan : perlukah kita peruntukan 1 hari untuk hari ibu??seperti yang saya katakan tadi hari ibu haram dan telah dibuktikan dengan catatan sejarah greece yang menunjukkan sambutan hari ibu disambut sempena dewa ibu mengikut kepercayaan mereka dan disambut setiap 10 mei setiap tahun...dan mengapakah penghargaan kepada ibu diperuntukkan hanya 1 hari??mengapakah tidak hari-hari? dan kenapakah apabila hari ibu saja kita perlu menyayangi ibu??hari lain kita tidak boleh sayang?

waklu : Maafkan saya fakta saudari memang tepat dan padat serta informasi yang bernas...saya sanjung...tetapi saudari telah tersilap dengan fakta yang berbelit tersebut dan menunjukan saudari lemah dalam sejarah...mari kita renung sejenak...Di Malaysia Dato' Seri Sharizat telah melancarkan KEMPEN HARI IBU pada setiap 8 mei tiap2 tahun dan kita tidak terlibat secara langsung dengan tarikh 10 mei yang dianggap HARAM oleh saudari...saudari kene berfikiran terbuka kerana sambutan hari ibu adalah bagi kita untuk menghargai pengorbanan ibu yang telah membesarkan kita...cuba saudari melihat dari sudut perspektif....dalam setahun ada 365 hari dalam 365 hari berapa hari yang saudari pernah menyakiti hati emak dan terlupa tentang ibu saudari dan jika saudari duduk berjauhan pernah tak saudari tanya khabar kepada ibu saudari setiap hari selama 365 hari??kita hanya perlukan 1 hari sahaja untuk semua itu..untuk menimbus balik kesalahan kepada ibu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita...

lawan : mengikut sejarah yang telah dipetik dari readers digest...sambutan hari ibu adalah sambutan yang membabitkan spiritual seseorang itu kerana ia menyebabkan kepercayaan individu terbabit...secara tidak langsung apabila seseorang individu tersebut menyambutnya setiap tahun..individu tersebut akan mempercayai bahawa sambutan hari ibu perlu kerana untuk melengkapkan kasih sayang untuk ibunya...maksudnya dia telah percaya akan spiritual sejarah yang la dan secara tidak sengaja telah menyebabkan akidahnya terpesong..

waklu : mengapakah saudari bermain dengan fakta sejarah saudari yang songsang itu??dan mengapakah perlu dikaitkan dengan kepercayaan spiritual??seperti yang saya katakan tadi kita DI MALAYSIA menyambut hari ibu sebagai ''KEMPEN HARI IBU'' saya ulang kembali KEMPEN HARI IBU...dan ianya disambut dengan suasana yang harmoni dan sejahtera..menunjukan kasih sayang seorang anak kepada ibu...tiada unsur kepercayaan dalam KEMPEN HARI IBU yang telah dilancarkan pada tahun 2005 ini ye saudari..

lawan : mengapakah perlu mengadakan KEMPEN HARI IBU ini??sedangkan ramai orang menyayangi ibu mereka??

waklu : itu mungkin pandangan saudari tetapi pada zaman moden serba canggih ini manusia tidak memandang kebelakang...manusia sering mengabaikan orang yang pernah mereka sayangi..mereka melakukan apa sahaja untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kemodenan era semasa sekarang ini...saudari mungkin tidak memahami konsep KEMPEN HARI IBU di Malaysia ini...kerana kempen ini bertujuan untuk menyedarkan anak2 muda supaya menyayangi ibu mereka kerana mengikut berita yang disiarkan 10 mei 2011 sebanyak 41 peratus ibu yang berumur 60 tahun keatas mengalami kemurungan akibat enapsi dan pengabaian oleh anak mereka merupakan punca utama dalam masalah mereka.....sekarang saudari sudah faham tentang konsep HARI IBU di Malaysia atau....KEMPEN HARI IBU??

lawan : walau apa pun hari ibu yang diraikan diperingkat global memang haram disisi islam dan salah dari segi syarak..

waklu : apa yang saudari memahami hukum hakam dan syarak tentang hari ibu??adakah dalam Al Quran menyatakan tersebut??adakah Fatwa telah dikeluarkan??perlukah kita menyambut mengikut tradisi barat yang mengikut FAKTA SEJARAH saudari tadi??

lawan : terpulanglah...setiap orang ada cara untuk meraikan...dan kita berserah sahaja kerana pahala dosa Allah yang tentukan bukan kita..

maafkan saya jika sesiapa yang membaca nya tersinggung kerana saya perlu menegakkan apa pendirian saya dan naluri saya berkata kerana ibu adalah segala gala buat saya sementara hayatnya masih ada..dan saya percaya ibu lain juga berhak mendapat layanan istimewa...

Sunday, May 8, 2011

Nur Kasih The Movie : Sinopsis dan disebalik tabir

Penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.
Sekaligus bertindak sebagai penamat cerita, filem Nurkasih terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd,  dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan tiga teraju utama untuk 3 watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton siri Nur Kasih. Penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak sehingga tercetusnya fenomena Nur Kasih di kalangan peminat siri drama di Malaysia. Pada mereka, kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan.
Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.
Filem yang juga membawakan tema cinta sejati ini bakal ditayangkan untuk tontonan umum bermula 19 Mei 2011. Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.


waklu pun teringin mau tengok cerite niy..tengok la...kalau berkemampuan pergi la huhu gempak beb bilangan penonton ramai...nk catat sejarah gak kowt...nk pecah kan rekod penonton paling ramai william dan kate la tuh yer produksi filem niy..kihkihkih

Sunday, May 1, 2011

ANDA SUDAH MATANG BILAA....


1.Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
2.Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
3.Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
4.Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
5.Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
6.Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
7.Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
8.Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
9.Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
10.Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
11.Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
12.Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
13.Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
14.Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
15.Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
16.Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
17.Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
18.Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
19.Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.