DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Wednesday, May 11, 2011

Debat tentang Hari Ibu Di Malaysia haram atau tidak? : Luqman hasan vs saudari .......

PERDEBATAN ANTARA WAKLU DAN ...............(SAUDARI) YANG BERLANGSUNG DI CHATBOX FACEBOOK....ANDA TENTUKAN YA :)

lawan : Maaf ya hari ibu sebenarnya haram disambut oleh golongan Islam dan boleh membawa kepercayaan yang telah wujud semenjak beratus- ratus tahun dahulu..oleh itu kita patut menyedari tentang kesan tindakan kita yang menyambut hari ibu ini keatas diri kita dan keatas agama kita....

waklu : salam saudari, hari ibu di Malaysia sememangnya berbeza di negara negara lain di dunia..kerana kita sebagai manusia perlu menghargai pengorbanan seorang wanita yang bernama ibu...jika ingin menyatakan tentang sejarah kewujudan hari ibu, mengapakah perlu diperluaskan dengan bukti yang tidak sahih dan lengkap...kita perlu memperuntukakn 1 hari khas bagi kaum ibu untuk merasai penghargaan oleh kita...tidak begitu??

lawan : perlukah kita peruntukan 1 hari untuk hari ibu??seperti yang saya katakan tadi hari ibu haram dan telah dibuktikan dengan catatan sejarah greece yang menunjukkan sambutan hari ibu disambut sempena dewa ibu mengikut kepercayaan mereka dan disambut setiap 10 mei setiap tahun...dan mengapakah penghargaan kepada ibu diperuntukkan hanya 1 hari??mengapakah tidak hari-hari? dan kenapakah apabila hari ibu saja kita perlu menyayangi ibu??hari lain kita tidak boleh sayang?

waklu : Maafkan saya fakta saudari memang tepat dan padat serta informasi yang bernas...saya sanjung...tetapi saudari telah tersilap dengan fakta yang berbelit tersebut dan menunjukan saudari lemah dalam sejarah...mari kita renung sejenak...Di Malaysia Dato' Seri Sharizat telah melancarkan KEMPEN HARI IBU pada setiap 8 mei tiap2 tahun dan kita tidak terlibat secara langsung dengan tarikh 10 mei yang dianggap HARAM oleh saudari...saudari kene berfikiran terbuka kerana sambutan hari ibu adalah bagi kita untuk menghargai pengorbanan ibu yang telah membesarkan kita...cuba saudari melihat dari sudut perspektif....dalam setahun ada 365 hari dalam 365 hari berapa hari yang saudari pernah menyakiti hati emak dan terlupa tentang ibu saudari dan jika saudari duduk berjauhan pernah tak saudari tanya khabar kepada ibu saudari setiap hari selama 365 hari??kita hanya perlukan 1 hari sahaja untuk semua itu..untuk menimbus balik kesalahan kepada ibu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita...

lawan : mengikut sejarah yang telah dipetik dari readers digest...sambutan hari ibu adalah sambutan yang membabitkan spiritual seseorang itu kerana ia menyebabkan kepercayaan individu terbabit...secara tidak langsung apabila seseorang individu tersebut menyambutnya setiap tahun..individu tersebut akan mempercayai bahawa sambutan hari ibu perlu kerana untuk melengkapkan kasih sayang untuk ibunya...maksudnya dia telah percaya akan spiritual sejarah yang la dan secara tidak sengaja telah menyebabkan akidahnya terpesong..

waklu : mengapakah saudari bermain dengan fakta sejarah saudari yang songsang itu??dan mengapakah perlu dikaitkan dengan kepercayaan spiritual??seperti yang saya katakan tadi kita DI MALAYSIA menyambut hari ibu sebagai ''KEMPEN HARI IBU'' saya ulang kembali KEMPEN HARI IBU...dan ianya disambut dengan suasana yang harmoni dan sejahtera..menunjukan kasih sayang seorang anak kepada ibu...tiada unsur kepercayaan dalam KEMPEN HARI IBU yang telah dilancarkan pada tahun 2005 ini ye saudari..

lawan : mengapakah perlu mengadakan KEMPEN HARI IBU ini??sedangkan ramai orang menyayangi ibu mereka??

waklu : itu mungkin pandangan saudari tetapi pada zaman moden serba canggih ini manusia tidak memandang kebelakang...manusia sering mengabaikan orang yang pernah mereka sayangi..mereka melakukan apa sahaja untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kemodenan era semasa sekarang ini...saudari mungkin tidak memahami konsep KEMPEN HARI IBU di Malaysia ini...kerana kempen ini bertujuan untuk menyedarkan anak2 muda supaya menyayangi ibu mereka kerana mengikut berita yang disiarkan 10 mei 2011 sebanyak 41 peratus ibu yang berumur 60 tahun keatas mengalami kemurungan akibat enapsi dan pengabaian oleh anak mereka merupakan punca utama dalam masalah mereka.....sekarang saudari sudah faham tentang konsep HARI IBU di Malaysia atau....KEMPEN HARI IBU??

lawan : walau apa pun hari ibu yang diraikan diperingkat global memang haram disisi islam dan salah dari segi syarak..

waklu : apa yang saudari memahami hukum hakam dan syarak tentang hari ibu??adakah dalam Al Quran menyatakan tersebut??adakah Fatwa telah dikeluarkan??perlukah kita menyambut mengikut tradisi barat yang mengikut FAKTA SEJARAH saudari tadi??

lawan : terpulanglah...setiap orang ada cara untuk meraikan...dan kita berserah sahaja kerana pahala dosa Allah yang tentukan bukan kita..

maafkan saya jika sesiapa yang membaca nya tersinggung kerana saya perlu menegakkan apa pendirian saya dan naluri saya berkata kerana ibu adalah segala gala buat saya sementara hayatnya masih ada..dan saya percaya ibu lain juga berhak mendapat layanan istimewa...

3 comments:

  1. Hehehe.. Perkara ni Bro Ery dah perbahaskan dengan lebih terperinci.

    http://ceritatira.blogspot.com/2011/05/tidak-mahu-sambut-hari-ibu.html

    ReplyDelete
  2. pd sy selagi tak kelaur fatwa sambut hari ibu haram selagi tulah sy akan wish hari ibu kpd mak, mak mertua dan diri sy sendiri..tp rsnya mufti selangor dah kata takpa kan sambut hari ibu..sy ada baca kat satu blog hukumnya harus..

    ttg sambut hari ibu hari-hari..x logik psl mmglah kita syg ibu kita hari² tp kita nk adakan satu hari yg spesel utk ibu apa salahnya..sedangkan setiausaha, pekerja malah hari lahir kita pon ada hari spesel..

    ReplyDelete
  3. hmm...skrg ni macam2 org dok kata sambut hari ni haram..sambut hari tu haram..alahai~~aku pening jugak kekadang

    ReplyDelete