DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Wednesday, December 19, 2012

Rusuhan Sg Petani ?

Assalamualaikum wbt

Lama tak jengok blog niyh selepas melanjutkan pelajaran niyh..
almaklum la buzy katekan..heheh
terdetik kat hati niy nak update blog lepas tengok kawan2 update blog dorang kan !!
hahaha korang sihat tak?? yang aktif blog niyh!!

banyak tragedi yang berlaku tapi tak sempat nak update..bukan lah malas tapi tade mood
cehhhh!! hahah gituuu...
skang niyh sambung study kat PENANG !! memang best la penang
tempat niyh happening sangat !!rase macam tanak balik pulak
tapi rindu plak kat mak ayah :P hehe
kat penang niy banyak tempat unik kan..hehe
sape yang pergi penang tau la unik macam mner huhu

korang ade dengar tak pasal rusuhan yang terjadi kat Sg Petani, Kedah tu ??
risau dibuatnyer !! ye la takot kejadian 13 Mei berlaku 
kalau korang tak tau tu citer die macam niyh..
kaum india n melayu bergaduh sakan ! sampai tetak menetak n bunuh membunuh
ishhkk risau plak..kekadang macam bende ni tak patut pon berlaku !! haihhh~
tapi well dengan kepantasan FRU dan pihak polis
kejadian niyh dengar citer dah tamat..
syukur lah ye !!
rusuhan niyh rase nye tak patut la berlaku ! ape yang dorang tak puas hati lagi..aishhh aku pon tak paham lah
pesalah2 niy patut dihukum dgn hukuman setimpal supaya tak cetus rusuhan niyh lagi..
bagi rakyat lain yang perihatin tu jangan la sebar-II fitnah ok !! jangan cemar imej negara pulak
huhu jadi kalau nmpak rusuhan tu jangan la dekat2 ngn dorang ok !nnt silap2 kene tetak pulak pesanan ikhlas dari WAKLU :p

Sunday, September 23, 2012

SEMAKAN BIASISWA JPA 2012/2013




Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Dalam Negara (PIDN) tahun 2012/2013
Sila take note, sesetengah universiti sahaja yang sudah tahu keputusan ini dalam short listing, mungkin universiti anda tak tersenarai lagi dalam kelompok penerima, jadi yang nama tiada dalam data, sila rujuk pada 12 OKTOBER 2012 !!
bagi pelajar yang mendapat tawaran ke IPTS bagi kos perubatan, dentistry dan lain bidang perubatan , semakan boleh dibuat juga, anda memang sudah SAH menerima biasiswa JPA

SEMAKAN DISINI link 1 / link 2 / link 3/ link 4

Sunday, September 16, 2012

RANKING KOLEJ MATRIKULASI 2013/2014

Ramai tertanye2 ranking matrikulasi kan !!
so, ni adalah top 5 ranking matrikulasi bagi sesi 2012 / 2013

#1 Kolej Matrikulasi Labuan
#2 Kolej Matrikulasi Johor
#3 Kolej Matrikulasi Selangor
#4 Kolej Matrikulasi negeri Sembilan
#5 Kolej Matrikulasi Pahang

LINK 1, LINK 2, LINK 3 , LINK 4

Tahniah atas kejayaan mereka, semua sama saja cuma usaha yang membezakan kejayaan :)

Wednesday, August 29, 2012

Langkah dan Gaya ku ke menara gading

Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia !!

Alhamdulillah akhirnya dipermudahkan oleh Allah untuk aku menulis blog didalam bilik yang sungguh romantis niy !! hahah
 lame juga tinta mengering tanpa sebarang info terbaru kan :P hihi

Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana akhirnya aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran aku ke menara gading, universiti aku niy boleh juga dikatakan universiti pilihan pertama aku, sejak dari dulu aku teringin nak masuk 3 universiti niy ~ USM , UM , UniMAS

memandang kan pointer aku agak memuaskan alhamdulillah aku diterima memasuki 2 universiti terkemuka di Malaysia niy !! 
Universiti yang aku dapat tu ialah UKM & USM

Tersangatlah terkejut sebab menerima 2 tawaran serentak !! dan yang paling malangnya dua2 tu first choice aku !!
jadi memang susah nak buat pilihan ~ seminggu aku memikirkan hal niy masak2, eh korang mesti nak tau kan kos ape yang aku dapat heheh 

USM - Sains Kepujian Kimia
UKM - Sains Kepujian Geologi

akhirnya selepas memikirkan perkara ni masak2 aku memutuskan untuk memilih USM
mungkin cita2 aku dari kecik nak menjadi saintis akan jadi realiti AMIN !!
USM niy aku buat research la kat google n yahoo, dorang cakap permarkahan kat USM niy tak ketat sangat dan agak senang untuk dapat A lah, jadi tak perlu risau la sangat :)

kawan aku ramai gak dapat matrik tapi kos lain la, jadi boleh la hangout dengan dorang pas niy !! hahah 
tempat penginapan aku aku dapat desasiswa CAHAYA GEMILANG !! memang gemilang lah aku hihihik

terkenang aku time beli pin USM sampai RM60 gile kentang smpai habis duet poket aku !! hahah seminggu makan meggi kari jer :( cian aku..
alhamdulillah semua dah jadi kenangan manis :) 

kawan2 yang dapat USM sidang 2012/2013 tu jumpa disana ya !! hihi

Saturday, July 14, 2012

Biasiswa-biasiswa yang ditawarkan 2014/2015 lepasan STPM/Matrikulasi dan setaraf [UPDATE]


kepada pelajar yang cemerlang dalam keputusan matrikulasi dan STPM serta setaraf, kenapa perlu meminjam PTPTN walhal banyak biasiswa yang ditawarkan oleh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan
Antara biasiswa yang ditawarkan untuk lepasan STPM/Matrikulasi dan setaraf:
biasiswa yang paling popular adalah JPA n MARA, check la dulu yer :)


PERHATIAN : Mohon maaf kerana saya tidak aktif untuk update biasiswa2 terbaru, kerana komitmen kerjaya. link dibawah ada yang masih aktif dan ada yang tidak, sekiranya tidak boleh mencari di goggle menggunakan kata kunci link nama biasiswa tersebut. terima kasih. 

MKLUMAN : Permohonan JPA hanya buka setahun sekali, untuk PIDN khasnya kepada pelajar lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi dan setaraf, permohonan akan dibuka pada minggu ketiga bulan september - sumber JPA

untuk biasiswa lain anda boleh menghubungi pegawai yang menguruskan bahagian kewangan untuk mendapat maklumat lanjut


MAKLUMAN : kepada pelajar lepasan Matrik STPM 2014 contoh dokumen lihat sini untuk maklumat lanjut mengenai JPA, MARA LINK , LINK , LINK
Last Update 9;39 30th August 2015


NEW FOUND SCHOLAR



full scholarships under the Khazanah Scholarship Programme to study at premier universities around the world or in Malaysia is OPEN NOW for POSTGRAD & UNDERGRAD

Closing date for the online application is on 21st July 2013, 11:59pm

websiteLINK yayasan

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)-  Link 3
Tun Rahah Scholarship Fund (NEW) - LINK
biasiswa pelbagai : http://mybiasiswa.com/


  1. JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/ 
  2. MARA: http://www.mara.gov.my/biasiswa-/-pinjaman-pelajaran
  3. UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html
  4. Sime Darby: http://www.simedarby.com/
  5. SCM : http://www.sc.com.my/
  6. TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/
  7. TM: http://ytm.tm.com.my/
  8. PNB: http://www.pnb.com.my/
  9. Shell: http://www.shell.com.my/
  10. Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/
  11. JAKIM: http://www.islam.gov.my/
  12. Biasiswa Tunku Abdul Rahman?www.yayasantar.org.my
  13. Felda Johore Bulker Sdn Bhd?www.feldaholdings.com
  14. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ?www.sabah.gov.my/jpan
  15. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak?www.psc.sarawak.gov.my
  16. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah?www.biasiswa.sabah.gov.my
  17. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan?www.maiamp.gov.my
  18. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak? www.perak.gov.my
  19. Majlis Agama Islam Negeri Johor? www.maij.gov.my
  20. Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor ?www.selangor.gov.my
  21. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )?tapem.melaka.gov.my
  22. Gamuda Berhad? www.gamuda.com.my?
  23. Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan?www.jkmwpkl.gov.my
  24. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?www.kwsp.gov.my
  25. Lembaga Zakat Selangor?www.e-zakat.com.my
  26. Bank Rakyat Malaysia Berhad? www.yayasanbankrakyat.com.my
  27.  Pusat Zakat Sabah?www.zakat.sabah.gov.my
  28. Yayasan Negeri Sembilan?www.yns.gov.my
  29. Skim Biasiswa National Science ?www.masduke.net/download/nsf.doc
  30. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia?www.mosti.gov.my
  31. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )?www.perkeso.gov.my
  32.  Sarawak Shell Berhad?www.shell.com.my
  33. Sapura Industrial Berhad?www.sapuraindustrial.com.my
  34. Terengganu Advanced Technical Institute?www.tatiuc.edu.my
  35. Yayasan Felcra?esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html
  36. Yayasan Pahang?www.yp.org.my
  37. Yayasan Sabah?www.ysnet.org.my
  38. Yayasan Selangor?www.yayasanselangor.org.my
  39. Yayasan Tenaga Nasional Berhad?yayasan.tnb.com.my
  40. Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )?www.yakin.kelantan.gov.my
  41. Yayasan Terengganu?www.ytrg.terengganu.gov.my
  42. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )?www.johordt.gov.my/ypj
  43. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: www.yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf


perhatian : terdapat biasiswa yang menanggung hanya setahun sahaja, bermakna hanya 1 sidang, maka biasiswa tersebut perlu diperbaharui untuk setiap sidang. contoh, biasiswa negeri

: terdapat biasiswa yang fokus terhadap bidang - bidang tertentu seperti biasiswa maybank yang hanya menyasarkan kos perbankan dan management serta pengurusan, mohon baca terma sebelum apply

: biasiswa MARA sudah berubah kepada pinjaman boleh ubah, bermakna jika anda boleh maintain kan result first class degree baru ia akan berubah kepada biasiswa penuh jika tidak anda perlu bayar kembali

: perhatian kepada pemohon biasiswa JPA, tiada temuduga untuk biasiswa PIDN (Program Ijazah Dalam Negara ) anda akan diberitahu di portal esilav jika anda berjaya.

Thursday, July 12, 2012

Keputusan Kemasukan ke Universiti lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi dan setaraf


Salam alaik, 
LuqmanHasan- Semakan bagi keputusan kemasukan ke Universiti Awam Malaysia akan dibuka pada 13 Julai 2012, sehubungan dengan itu, bagi pelajar lepasan STPM / Matrikulasi / Asasai dan setaraf , boleh menyemak keputusan ini pada jam 12.00 tengahari, 13 Julai 2012, Jumaat, pelajar boleh menyemak melalui beberapa saluran
Saluran 1 melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

-Taip UPU RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

-Contoh: UPU RESULT 961211065498 hantar ke 15888



Saluran 2 melalui Online melalui link dibawah ini



-Semakan Keputusan UPU Online Server 1- laman web UMS

-Semakan Keputusan UPU Online Server 2-laman web UTM

-Semakan Keputusan UPU Online Server 3 -Laman Web UUM

 Semakan Keputusan UPU Online Server 4 laman web UNIMAS

-Semakan Keputusan UPU Online Server 5-laman web USM
-Terus ke website UPU- UPU




-PERMOHONAN UNTUK BELAJAR KE LUAR NEGARA (MARA,JPA)- link sini (MARA) / link sini (JPA)
link sini jugak !!! tekan sini 




Saluran 3, Menelefon bahagian semakan UPU


Hotline UPU : 03 66706767 begin_of_the_skype_highlighting            03 66706767      end_of_the_skype_highlighting





credit to Al Apis Al Redha link

Monday, July 9, 2012

Samsung Galaxy tak secanggih ipad


London- Syarikat Korea Selatan , Samsung telah memenangi kes paten yang telah dikemukakan oleh syarikan gergasi apple terhadap Samsung Galaxy yang mendakwa paten ipad telah diciplak oleh syarikat Samsung tersebut.

sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Britain telah memutuskan bahawa tablet galaxy yang dikeluarkan oleh samsung tidak melanggar reak bentuk yang dikeluarkan ipad dan pengguna tidak mungkin tertipu atau keliru antara tablet samsung dan ipad.Hakim Britain mendakwa pengguna tak akan tertipu kerana Samsung galaxy tak sehebat ipad, ipad mempunyai applikasi yang canggih dan perisian yang ekstrim.

Sekarang ini, apple menguasai 65 peratus pasaran dunia manakala samsung hanya 6 peratus, jurucakap samsung berkata jika apple terus menerus mengambil tindakan seperti itu lagi, inovasi  dalam industri akan terjejas dan akan mengehadkan pilihan pengguna

Fakta menarik tentang durian

Alangkah nikmatnya!!! OH durian !!! durian digelar raja kepada buah kerana bentuk fizikalnya yang berduri serta mempunyai isi buahnya yang manis sehingga menjilat jari, durian merupakan buah yang paling digemari oleh rakyat Malaysia, maka tidak hairan lah apabila tiba musim durian, berlonggok orang menjualnya di tepi jalan, pasar malam mahupun di kawasan perumahan, mengikut kata orang tua, durian ini tak elok dimakan secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kepanasan, jadi ini antara FAKTA FAKTA menarik tentang durian

10 fakta menarik mengenai durian: 

1. Tinggi kalori? Ramai yang menganggap durian mempunyai kandungan kalori (kcal) yang tinggi dan menggemukkan. Tahukah anda, seulas durian hanya mempunyai 50 kcal? Bagi saya, kandungan kalori itu tidak begitu tinggi. 

2. Tinggi kolesterol? Durian atau sebarang jenis buah sekali pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang daripada sumber haiwan dan bukannya tumbuhan. 

3. Tiada nilai nutrisi? Durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioksidan vitamin C, B kompleks dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi kalsium dan fosforus. 

4. Tinggi lemak? Satu ulas durian mempunyai satu hingga dua gram lemak dan ia bukan lemak tepu. 

5. Tinggi gula? Satu ulas durian mempunyai kira-kira 10 gram gula. Masih tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Jika anda makan dua hingga tiga ulas, nilainya masih kurang daripada satu tin minuman berkarbonat. 

6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualiti yang boleh memanaskan badan. Atas sebab itu, kita diingatkan memakan durian secara berpada-pada. Lebih-lebih lagi bagi pesakit kencing manis atau tekanan darah tinggi. 

7. Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis? Memang betul tapi itu bukan soal durian semata-mata kerana mereka yang mempunyai penyakit kencing manis sememangnya harus mengawal pengambilan gula dalam makanan atau minuman mereka. 

8. Kurangkan tekanan? Itu bergantung tetapi durian mengandungi asid amino dikenali sebagai tryptophan yang membantu meningkatkan keluaran hormon serotonin yang menyebabkan kita mengantuk. Justeru, anda akan lebih senang tidur, ringan dan tenang. 

9. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan tadi yang bertindak untuk meningkatkan peredaran darah. 

10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. Bagi saya, satu atau tiga ulas sekali makan sudah memadai. 


Selain itu, saya juga ingin berkongsi mengenai pemilihan kudapan yang bukan saja mudah malah seimbang dan mempunyai jumlah 300 kalori (kcal). Dalam soal diet, saya selalu tekankan pentingnya makan paling kurang lima kali sehari iaitu dengan mengambil sarapan, kudapan, makan tengah hari, kudapan dan makan malam. 

Kebiasaannya, orang ramai tiada masalah mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam tetapi mungkin kurang biasa dalam pemilihan kudapan. 

Oleh itu, ikuti langkah berikut dalam memilih kudapan untuk waktu pagi dan petang. 

Sumber karbohidrat 

Pastikan ada sumber karbohidrat yang baik dan bersih (kurang minyak) seperti roti dan biskut. 


Sumber protein 

Wajib ada sumber protein seperti telur, tuna, susu dan soya. 

Jumlah kalori 

Nilai kalori kudapan bergantung kepada keperluan kalori seharian (DCR) anda. Katakan ia 2,000 kcal, jadi anda perlu menganggarkan pengambilan untuk setiap hidangan, termasuk kudapan sebanyak 400 kcal. 


Serat 

Hendak mengawal nafsu makan? Pastikan adanya serat seperti oat, bijirin penuh dan roti perang. 


Mudah dan praktikal 

Pastikan pilihan kudapan itu mudah diamalkan, juga ketika di pejabat. Paling senang kalau ia boleh disimpan di dalam laci meja dan tidak mengambil masa yang lama untuk dihidang dan dimakan.


sumber : Harian Metro

Sunday, July 8, 2012

Gaduh ketika siaran langsung debat


Amman : siaran langsung yang menyiarankan perdebatan antara Monsour dan Mohammad gempar apabila mereka saling berbalas kata cacian dan penghinaan antara satu sama lain. selain itu, Ahli parlimen Mohammad juga turut melemparkan kasutnya kearah Mansour ketika mereka membincangkan topik pemberontakan di Syria,

Keadaan bertambah serius apabila Mansour menuduh Mohammad adalah ejen perisikan israel , Mossad,
ketika pengacara cuba menenangkan kedua dua belah pihak ketika itulah Mohammad mengeluarkan sepucuk pistol dari jaketnya, tindakkan Mohammad itu spontan kerana Mansour berlari kearahnya, dan berlaku insiden tolak menolak,

walaubagaimanpun, Mohammad memasuk kan balik pistolnya ke dalam jaket dan tiada siapa yang tercedera , siaran tersebut dihentikan selepas kejadian itu dileraikan

credit to - Harian Metro (gambar)

Keputusan UPU lepasan matrikulasi/STPM/Asasi setaraf sesi 11/12

Assalammualaikum w.b.t
kali aku nak share la sikit pasal keputusan UPU niy


Ramai pelajar lepasan matrikulasi / STPM / Asasi dan setaraf asyik memikirkan bilakah tarikh sebenar keputusan tersebut akan keluar..Aku sendiri pon dulu mcam tu jugak.. asyik pikir je
lepas buat selidik kat lama web aku tertarik dengan statement ni
MINGGU KE-2 JULAI - STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/ MATRIKULASI / ASASI / DIPLOMA / SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2012/2013
 alahai memang la kami tahu minggu ke-dua tapi ramai yang tak tau berapa hari bulan kan..
lepas tu selidik pula ke page facebook, page budak2 matrikulasi
dorang ade cakap tarikh keluar keputusan UPU adalah 13@14 JULAI 2012
dorang check melalui khidmat pesanan ringkas

RESULT UPU>< hantar ke 15888

jadi korang buat la ek..kalau dapat mesej tu bahagia la ek tau tarikh sebenar :)

UPDATE !!

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan mulai 13 Julai 2012 (jumaat)
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA mulai 16 Julai 2012(isnin)
melalui laman web IPTA masing-masing.
Calon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui
Laman Web IPTA mulai 16 Julai 2012 hingga 24 Julai 2012.

Friday, July 6, 2012

Nak Beli enset baru :)

Assalamualaikum w.b.t

agak lame jugak tak update blog niy kan hihihi
walaupun banyak masa terluang tapi blog niy tak pon update...
agak malas nak taip :)
well dulu agak sibuk sikit sebab keje fulltime kan..
kali niy da tak keje pon...dapat gaji je teros blah sebab gaji tu nak beli enset je pon..
skang niy nak cari part time..
kalau korang ader part time rekemen la kat aku yer :P
aku sebenarnya da lame mengidam nak pakai Blackberry niy..hhuhuh tu la aku kumpul duet skit nak beli 1..
enset NOKIA, SAMSUNG, SONY sume da try skang niy nak cube la plak Blackberry tu..huhu 
dorang cakap pakai BB niy best sebab boleh BBM, jadi boleh la, aku beli nak bergaya je..da lame ngn enset nokia niy..so nak try la baru..dengar citer BB niy die nyer internet laju tu la nk beli..enset nokia aku niy lembab langsung..tu ar da fedap..tapi sayang gak :)
enset yang niy la aku ngidam huhuhu
BB 9810
skang niy aku pkai NOKIA 5800 EM
best jugak :)
huhu ok smpai sini jer..klo ade pape g share2 la yer :P
salam

Friday, June 8, 2012

Alhamdulillah !!!
memang tak terkata selepas menyemak keputusan ni..
agak terkejut dan suprise yang amat sebab  admin tak menyangka dapat keputusan sebaik ni..
yela mana tak nya subjek semester 2 memang susah...lagi2 mathematic fully calculus !!
jadi agak tak menjangka la dapat keputusan flying colors niy..
apa2 pun ini adalah usaha aku yang selama ni di support oleh keluarga aku
syukur kepada Allah
Kepada kawan2 yang dah terima keputusan tu, yang cemerlang tu 
CONGRATULATION !!
yang kurang cemerlang tu
KEEP TRYING !!!
jangan putus asa, mase time universiti belajar lagi bersungguh2 !!
kepada seluruh pelajar matrikulasi Johor tahniah kepada anda sebab sudah menaikkan semula ranking kolej
dari no 12 kepada ranking no 6...memang korang da boom !!

Saturday, May 19, 2012

Ranking Universiti di Malaysia 2011-2012





Bagi pelajar yang baru lepas habis Matrikulasi/Asasi mesti korang tengah terfikir hendak masuk ke Universiti mana selepas ni..mesti la nak masuk universiti yang top2 kat malaysia niy kan..ok admin da senarai dan susunkan universiti-universiti yang terkemuka di malaysia..admin merujuk kepada senarai QS universiti World Ranking..
Ok jadi tunggu apa lagi buatlah pilihan yang bijak bagi menentukan masa depan anda ya :)
bagi senarai 7 teratas adalah universiti yang termasuk dalam WORLD RANKING sahaja
5 universiti yang telah diiktiraf sebagai universiti penyelidikan telah mengungguli senarai ranking universiti terbaik di Malaysia, Universiti Malaya satu satunya universiti yang berjaya melonjak ke ranking yang ke 167 selebihnya telah turun beberapa tangga.

Senarai 19 Universiti terbaik di Malaysia

University2011 -2012
Rank
world
asian
ranking
Movement
1. University Malaya (UM)16739Rise 40 spots
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)27953Drop 16 spots
3. Universiti Sains Malaysia (USM)33554Drop 26 spots
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)35857Drop 39 spots
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)401-45076N/A
6. International Islamic University Malaysia (IIUM)451-500161-170N/A
7. University Malaysia Sarawak (UniMas)601+191-200N/A
8.  Limkokwing University of creative Technology
9.  Multimedia University (MMU)
10. University Kuala Lumpur (UniKL)
11. University Malaysia Terengganu(UMT)
12.  University Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
13. University Teknologi Mara (UiTM)
14. University Teknologi Petronas (Petronas)
15. University Tenaga Nasional (UniTen)
16. University Tun Abdul Razak (UniRazak)
17. University Tun Hussein Onn (UTHM)
18. University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
19. University Utara Malaysia (UUM)

5 Tandas Paling Pelik

Tandas yang Pelik2 di seluruh dunia..
kalau da terlampau kreatif sangat begini la jadi nye.





Wednesday, May 16, 2012

Keputusan Peperiksaan Akhir Matrikulasi 2011/2012 (PSPM 2)

Setelah di semak beberapa kalli di laman sesawang bahagian matrikulasi akhirnya teka teki pelajar 
bagi keputusan PSPM 2 telah terjawab.
keputusan PSPM 2 akan dikeluarkan pada 29 Mei 2012 dan slip/sijil keputusan akan diserah kan kepada 
pengarah/timbalan pengarah kolej matrikulasi masing untuk urusan penghantaran melalui pos.

Jadi pelajar2 ini boleh menyemak secara online atau telefon bahagian matrikulasi

Saturday, May 12, 2012

Remaja murtad ingin bunuh diri


berite yang tengah hot kat FB skang niy adalah seorang remaja yang mengaku diri nya murtad kan..
ishkk tah macam mane la boleh murtad kan !! geram admin tengok si remaja niyh!! ishkkk!!!jom dengar berite nye ;

Seorang remaja 20-an telah mengaku bertukar status agama nya kepada kristian
namanya sudah fames di serata facebook kat Malaysia niy..
nama islam nya Syahir dan nama kristian nya Edward Martin Jesus
mengikut cerita yang di selidik melalui media massa admin mendapati yang syahir niy bertukar agama kerana telah putus cinta dengan kekasihnya Atiqah..
disebabkan terlampau sayangkan kekasihnya itu syahir merasakan yang tuhan itu maha tidak adil maka die telah mengambil keputusan untuk menukar status agamanya kepada kristian..
menurut admin die berkasih dengan Atiqah tu sudah hampir 5 tahun dan menurut informasi yang admin dapat mereka berpisah kerana syahir aka edward itu mempunyai kekasih lain..
menurut kawan2 nya syahir niy mempunyai sejenis penyakit iaitu gout..
tapi tak tahu lah tahap mane penyakitnya itu..
syahir yang telah menjadi kontroversi dengan menyatakan hasratnya untuk membunuh diri pada tanggal 3 Jun 2012 telah mengubah tarikhnya kepada 12 May 2012 dan telah ditetapkan juga masa untuk dia melakukannya. cuma tempat sahaja dirahsiakan oleh nya
ramai pihak telah mendesak nya supaya berubah dan menasihatinya tetapi edward tidak mengendahkannya, ade juga yang mencaci dan memaki hamun dia, dan mungkin disebabkan itu edward mengalami tekanan melampau dan tidak lagi mahu hidup berterusan dalam situasi ini. 
Antara post die yang terakhir ialah

tidak tahu lah kesahihan tuan empunya Facebook ini..
mungkin hanyalah rekaan semata2 atau pun sebaliknya


remaja sekarang niy sentiasa bertindak melulu dan tak memikirkan perasaan family dan kawan2 mereka..susah...betol la kata orang remaja berdarah panas...putus cinta je dah nak bunuh diri,
ini mungkin akidah yang tak kuat..salah siapakah ini..punca masalah ini  masih belum dikenal pasti..
kepada remaja lain diluar sana jagalah adab kamu, jangan lah kamu sesenang hati bertukar2 agama..ingat islam itu indah :) salam

Friday, May 11, 2012

Selamat Hari Ibu

...:::Selamat Hari Ibu:::..

Kepada semua yang sudah digelar sebagai ibu dan bakal digelar :)

ok my entry is about mother:
Hari Ibu memang disambut setiap tahun untuk mengenang jasa seorang ibu..
kita menyambutnya adalah untuk menghargai jasa seorang ibu secara keseluhuran..
bukan bermakna kita tak menghargai pada hari biasa...cuma mesti lah kene ade hari yang special sikit untuk ibu kan :)

hari ibu niy lah korang perlu balas jasa ibu korang dan mengenang budi beliau..
ok niy beberapa tip untuk membuatkan ibu anda gembira

1.senyum setiap kali melihat wajahnya
2.selalu berada disampinya
3.selalu membawa ibu anda berjalan jalan
4.belanja makan
5.sentiasa berhubung dengan ibu.
6.ibu sebenarnya sangat menyukai benda yang warna warni dan manis..
7.gantungkan gambar kamu dan ibu kamu..
8.barang kenangan sentiasa di buat hiasan jangan dibuang
9.memenuhi harapan ibu
10.sentiasa bergelak bersama..

despite your mother had past away, you must pray for her spirit to rest in peace and never felt sad about your mother because one day you will meet her in another world..
jadi hargailah setiap pengorbanan ibu....
pengorbanan ibu bermula semenjak kamu dari dalam kandungan lagi ingat tu :)

Tuesday, May 8, 2012

Petua Belajar Effektif / Last minit

Salam :)
post niy admin nak cakap pasal cara belajar dengan berkesan.
tau tak dulu admin tak penah terpikir nak study smart..
tapi lepasje lecture admin bagi "hidayah" barulah admin tau mcm mne nak score dalam exam dengan mudah je.
memang nak study tu kene amik mood dulu tapi jangan la smpai tak balance mase study korang tu..
kalau pelajar SPM korang at least kene buat revision 2 jam untuk 1 mata pelajaran tau..
ok..niy antara tips study :

1. buat nota ringkas setiap kali topik yang korang belajar tu habis
2.tengok learning outcome..korang bace ape yang die tulis kat situ je..sebab soalan exam tak kan lari nyer..
3.rajin jumpe cikgu/pensyarah
4.buat mindmap untuk subjek yang menghafal
5.banyak kan buat latihan untuk topik yang lemah
6. seboleh nya jangan buat revision terlampau banyak subjek dalam 1 hari
7. selalunye subjek pengiraan buat selepas mandi..otak akn jadi cerdas..
8.ringkaskan buku rujukan sehingga paham (kalau boleh)
9.kalau boleh warna warnikan tulisan :)
10.hafal formula + definition time buat latihan dan sebelum tidur..

ok korang kadang2 ade yang suke ikut tips sendiri kan..terpulanglah kepada korang sebab ni just cadangan je..huhu tapi kawan admin gune cara niy..memang berkesan jugak la..kalau korang prefer buat study group buat je tapi admin tak galakkan sebab study group 97% takan study asyik berborak jer..huhu

ok bagi yang suke study last minit niy antara tips nyer:

1. buat latihan topik yang paling banyk markah / yang suka saje..
2.hafal formula yang basic dan derive je..
3.jangan buat nota ringkas last2 minit sebab korang da tak kan sempat da...just tengok kat buku rujukan bahagian belakang tu ade summary die..korang bace tu je..
4.short note kalau ade bace tu je..
5.senaraikan formula yang ade
6.hafal yang mane paling senang nak ingat.. yang susah tu korang just ingat key word die je..
7.subjek yang menghafal tu make sure 3 jam before exam korang da hafal..
8.1 jam before exam jangan bukak buku/nota/short note/ just tengok formula dan ape yang korang hafal tu cube ingat balik..kalau korang bukak buku nanti panik..sebab definition selalu berbeza..buat ayat sendiri je..

ok ni la antara tips study yang admin gune kan time admin belajar..memang kadang2 susah kite nak ikot.
tapi kalau buat hari2 nanti akan jadi rutin harian..tak mustahil kita boleh berjaya :)
de papehal komen je 

BERSIH 3.0 make DIRTY

BERSIH 3.0 had been give mass destruction to facilities around Kuala Lumpur. the protester first assembled in peace when some of them suddenly became violence toward police.
This situation became more worst when the police car suddenly out of controlled and crash the protester on the side of the road..(issued)
when some said the protester hit the police inside the car while some say they want to help the police officer..
this demonstration was set by Datuk Ambiga former lawyer (shame on you)
This BERSIH 3.0 really make me anger!! 
stuck inside SOGO mall about 4 hour...shitt!!really make me pissed off
BERSIH slogan '' sit and dispute " not really !!
this bersih 3.0 demand:
1.clean the election list
2. reforming the postal ballot
3. free and fair media access
4.minimum 21 day campaign period
5. strengthen public institution
6.stop corruption
7.stop the dirty politics
to me there no need to organized street demonstration because it make everybody uneasy with the situation
some of BERSIH PHOTO


Monday, May 7, 2012

Suasana Universiti VS Matrikulasi

korang da check ker keputusan UPU korang?
kalau belum check UPU ambilan 2012 TEKAN SINI

tahniah kepada yang dapat melanjutkan pelajaran dan kepada yang tak dapat tu jangan bersedih nanti ade ambilan kedua, tapi jangan lupa pulak buat rayuan semula..

tahniah jugak yang dapat matrikulasi jugak walaupun da lame kuar kan..yang tak dapat matrikulasi/asasi tu tak mengapa peluang lain sedia menanti..

KEHIDUPAN DI ALAM UNIVERSITI
memang banyak cabaran yang datang, korang kene tahan apa jua rintangan yang datang 
disini bermulalah perjalanan korang sebagai mahasiswa dan mahasiswi bagi Universiti masingII
kehidupan mahasiwa/i senang je...kalau rajin berjaya, malas pula gagal la...simple kan..
memang tak disangkal lagi duduk di universiti memang susah...sebab
1.kampus yang besar
2.susah nak dapat feeder bus
3.kuantiti  pelajar yang ramai senior and junior mixed
4.semua sendiri 
walaupun susah tapi bagi yang mahu belajar mereka tak kisah dengan cabaran tersebut...
tapi banyak kebaikan duduk U...lagi banyak kebaikan dari keburukan cuma korang kene HATI2 MEMILIH KAWAN..
kalau korang salah pilih kawan habislah hancur harapan mak bapak korang..
aku ade kawan yang masuk UiTM, memang die niy baik tahap gamak la, bile da masuk je U die da berubah sikit demi sikit ikot kawan..yela dapat kawan yang suke lepak disko, kaki perempuan, segala jenis kaki ader ar..so die pon terjebak same...last2 kene repeat balik..
jadi jangan la jadi begitu ye..
korang kene buat semuanye sendiri mase kat U nanti..jangan mengharapkan orang lain
lastly, perbelanjaan kat U ni selalu nyer mahal2 so korang kene la pandai buat expenditure korang yer ngn duet PTPTN tu...kalau dapat biasiswa lagi bagus..lastly kat U niy banyak gap ( rehat) maybe dalam 1 hari tu ade 3 je kelas..so banyak mse free

KEHIDUPAN DI MATRIKULASI
kat matrikulasi niy agak mencabar la..kalau sape yang tak pandai arrange mase memang susah la sikit..
kat matrikulasi niy kira macam form 6 jugak la cume mcm sekolah asrama...kat matrik niy ramai budak pandai2
so korang kene struggle sikit la..x semestinye mse spm korang cemerlang kat matrik pon korang cemerlang..tak tentu jugak sebab ade kawan admin SPM die straight A tapi masuk matrikulasi result die memuaskan je..
kat martikulasi niy kalau rajin bertanya memang berjaya, kalau malas bertanya memang gagal la..
kat matrik niy korang kene fokus 120% sebab ape yang pensyarah cakap time kuliah mesti masuk exam..sebab dorang niy memang highly trained oleh matrikulasi untuk keluarkan soalan2 exam..tapi exam bukan pensyarah matrik yang buat sume pensayarah U...
matrik ni agak kecil la saiz die compare dengan universiti..tapi sesetengah matrik ade yang besar jugak...
kalau la korang dapat matrikulasi Johor..memang bertuah sebab bentuk muka bumi nya landai..dan kecik jugak..tapi peraturan matrikulasi johor niy strict sikit...outing pon kene pkai baju kuliah..mcm bangla da..haha
tapi hidup kat matrikulasi best..pensyarah die best2 memang kene pandai amik hati pensyarah jugak la..
tapi kat matrik niy korang kene pandai pilih kawan jugak la sebab ade kawan yang makan kawan jugak..ade yang kawan mcm bukan kawan..kekadang dorang niy menyamar jadi kawan tapi nk jatuhkan korang..berhati2..

ok tu je pengalaman admin selama kat alam pegajian niy..harap korang dapat amik iktibar dan pengalaman admin supaya boleh dijadikan petunjuk tuk korang mase berada di alam U nnt :) choww~!

Sunday, April 29, 2012

Pahit Hempedu dan Peria

akhirnya aku boleh la menulih blog dengan bebas...wuuuhuu
aku da abis study at kolej matrikulasi johor sudah...
tension pon da sikit demi sikit hilang..memang seronok la da abis FINAL !!
tapi yang tak best nye kene tinggalkan rakan2 la..tu yang susah sikit tu...mandi,berak,main bersama memang akn dijadikan memori nanti..
bukan senang nak mencari sahabat dekat alam universiti or kolej kerana kalau tersilap pilih kawan padah la jawabnye..
nak tau tak !! aku memang tak suke sangat ngn buadak2 kelas aku..tapi tak semua la..dorang sume tu bukan nyer ape..masalah nyer dorang sume tu NO RESPECT to each other..ade jugak yang hipokrik...suruh orang respect lecture tapi die lagi la tak respect langsung!! gua panas je tengok " KAWAN " gua..
lagi satu, mase kelas gua buat jamuan makan, hanset kwn gua hilang..aduyai..BUDAK tu ingat aku tak nampak ke die ade berkomplot ngn budak2 lain nak jatuhkan kawan yang hilang henset tu...plz la be matured!!
ramai lecture ANTI ngn budak kelas kteorng depan2 yela kate da maafkan da halalkan ilmu..tapi wa terkejut mase wa naik admin ade seorang lecture niy maki hamun budak2 kelas wa..wa buat tak kisah je sebab wa pon same maki dorang hahah!! btw korang tau tak lecture ramai benci 4 budak dalam kelas/praktikum aku!! biarlah aku rahsiakan name beliau!!
aku lame pendamkan perasaan niy..tau tak bebudak MD8..ramai praktikum lain tak suke dengan kite punye kelas....tapi bile aku cakap ngn korang korang cakap " PEGI LANTAK DORANG LA " that is why people hate us ! you know!! korang cakap MD8 niy hot sangat kan..memang la hot tapi HOT dengan masalah...dah la ape yang dirancangkan tak pernah menjadi sebab ikot kepala masing2..aku bukan ape just korang kene ubah attitude korang tau tak !

To Alang:
aku respect dengan kau tapi panas baran kau tu berpada la ye..pasal telefon kau yang hilang tu kau selidik la " KAWAN BAIK" kau tu yer..berwaspada dengan dunia luar kau masih tidak reti perhitungan antara dewasa dan remaja..fikir2 kan lah

To Azman,annuar,faris
team yang asyik disebut2kan pensyarah...aku tak suke nak kate banyak...tapi berubahlah..tau tak korang niy pantang ditegur dan salah seorang dari korang niy suke pendamkan perasaan marah tu...lepas tu lepaskan kt orang lain..jadikan kisah lame tu tauladan jangan cepat melenting....perkara yang selalu disebutkan pensyarah kononyer korang niy ikut kepala sendiri..korang tau tak mdm Asmah tak nk masuk kelas kite sebab korang tau...pernah sekali korang datang 25 minit lambat...pastu die bagi amaran pertama dan terkhir..pastu korang datang lambat lagi kali niy 15 minit lambat..terus die senyap je..die tak cakap ape2 2 minggu kemudian die ade cerite kat budak MD7  yang certain budak MD8 kurang ajar dan die nk mengajar MD7 permenantly ! tu cerite disebalik tabir.., to Azman jangan MERIAHkan suasana terlebih sangat sebab suasana itu akan menyebabkan engkau terbunuh..

to budak lelaki yang lain..
korang bukan lah tak baik cume attitude kurang je...pernah aku cakap dekat Nazreen dan Awe "Suatu hari nanti korang akan berubah dan ikot kepala masing2 " dan bende yang aku cakap tu sume terjadi..Nazreen ngn awe pon nmpak jugak...aku sendiri pon berubah...tau tak kenapa aku berubah? mase smester 2 break...aku ade pergi tazkirah kat masjid tangkak..tajuk mase tu tengtang SAHABAT vs KAWAN,,tau tak situasi yang diceritakan ustaz same dengan aku...jika sahabat die akan mengambil berat tentang satu sama lain..
pernah sekali aku masuk wad sebab kene demam denggi...tak silap 4 hari aku masuk wad..korang lansung tak menziarahi aku...yang datang menziarah budak dari FACEBOOK yang aku tak kenal...5-6 orang sume budak MS dorang cakap dorang kesian ngn JEJAKA COKELAT MALAYA hahaha..itu dah boleh dianggap sebagai sahabat..
dulu korang ade cakap " team work", "bersatu" , "MD8 unite " itu sume bullshit!! korang tak pernah mempercayai satu same lain..korang hanye pandai berlakon je..!!
sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...korang yang menfitnah aku kat lecture tu TERIMA KASIH SOOO MUCH!! sebab aku rase kau layak terima grammy award dengan lakonan kau tu yer....setiap ari aku naik admin..ape yang korang ceritekan kat pensyarah tu dorang ceritekan kat aku sebab dorang tak PERCAYA dengan korang...aku just berdiam diri tak beri respond kat korang sebab aku da malas nak layan sikap korang..
aku rase diantara korang ade jugak yang tak suke aku kan..bukan diantara mungkin SEMUA tak suke aku kan :) tapi tu tak beri kesan sebab dimate aku korang hanye layak digelar sebagai KAWAN dan bukan SAHABAT...

KEPADA BUDAK2 PEREMPUAN MD8 
terima kasih kerana kamu semua berjaya meneutralkan keadaan di kelas/praktikum kita..
tapi ade jugak yang aku tak suka...
to ira,syaza,
kadang2 aku annoying tengok korang...tapi kadang2 ade jugak nak beri penampar..mungkin sebab korang bising sangat dalam kelas kowt...sebab kteorang tak dpt konsentrasi...hahah tu je..budak pompuan baik..
to MADIHA
jangan cepat percaya akan cinta kerana cinta itu racun kepada iman...percayalah semua yang datang itu adalah dari Allah jangan melawan takdir....percaya segala perbuatan terima nasihat orang jangan pentingkan diri sendiri nanti memakan diri..
 Budak permpuan yang lain semua best2 korang sume cheerful dan tak banyak bawak masalah....korang dan tak banyak kerenah..kadang2 aku rase budak perempuan kelas kite niy ok jugak seimbang...

pasanan dari PENSAYARAH 
-belajar bersungguh2 sehingga berjaya
-tumpukan ape yang kamu semua impikan, jangan bercinta cintun di semester pertama pengajian..semester 2 baru boleh..
-belajar elok2 pilih kawan yang baik di alam U nanti..

ok lah korang aku mintak maaf kalau korang ade terasa dengan penulisan aku ini..sebab ini adalah expresi diri aku sendiri..aku tak boleh nak luahkan kerana terlampau banyak sekali...lagi satu bile aku nk luahkan je mesti ade orang BACK UP orang yang aku kondem tu..
lebih baik aku cakap kat sini je ok :)
aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, kalau aku ade buat korang marah harap maafkan aku ok..perkara dah lepas jangan diungkin..aku menulis disini hanya untuk menyedarkan kesilapan korang supaya korang tak silap dimase hadapan...segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dri Muhammad Luqman bin Hasan