DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Monday, October 28, 2013

Tersungkur dan mula bangkit


Alhamdulillah selesai perjalanan debat alam sekitar di UniTeN kampus putrajaya
pelbagai karenah aku tempuhi dan gelagat pendebat dari universiti lain,
kecewa akibat bukan menjadi pilihan juri, malah di BAN oleh juri alam sekitar
itu semua dugaan, tidak boleh ditentang menggunakan kekasaran, hanya boleh menambahbaikan mutu persembahan untuk selepas ini, kita bukan tuhan untuk sempurna semuanya,
kita mesti perlu bermula dari bawah dansatu masa akan berada dipuncak kegemilangan
dan kali ini aku akan cuba untuk mendaki ke puncak untuk mencapai kegemilangan tersebut. Amin :)

Wednesday, October 16, 2013

Cuti vs Raya Aidiladha

salam n hi !
arini lenggang sikit ade satu kelas jer, sebab pensyarah masih lagi dalam mood raya huhu
so saje la nak ucapkan selamat hari raya aidiladha/korban kepada seluruh umat islam Malaysia dan dunia, hari raya niy dapat cuti 2 hari jer, so petang raya tu dah kene balik USM tuk kelas..huhu agak menyedihkan jugak la, tapi syukur dapat beraya dengan ibu bapa di rumah :)


tu je nak coret heheh bagi status pertama bulan oktober #Eh

Saturday, September 28, 2013

Hari Interaksi Pusat Pengajian Sains Kimia USM sidang 2013/2014

Salam n hi 
pertama sekali nak ucapkan tahniah buat persatuan kimia USM yang dapat mengendalikan program interaksi bersama pelajar baru dengan sangat lancar sekali, mungkin ramai memberi kerjasama dan komitmen, sebab itu boleh berjalan dengan lancar sekali !

memang sangat BEST ! BERBALOI ! depa buat hari interaksi ni dekat taman belia pulau pinang, huhu memang sangat happening la uols ! sebab mmg tempat tu close ngn nature,
so aktiviti hari interaksi tu kami buat
senamrobik
explorace
-12 Checkpoint
aktiviti bebas

mase explorace tu memang checpoint tu menguji kesabaran depa lah..haha
klo x de kesabaran tinggi mesti  melenting la,
tapi klo tak dapat buat ~ DENDA laaa hahaha

harapan kepada adik2 supaya belajar rajin dan rapatkan ukhwah seperti dalam hari interaksi ini :) enjoy urself kat USM ni okeh !!

Photo: Hari interaksi kimia junior usm

Sunday, September 15, 2013

Belajar


salam n hi

lebih kurang seminggu kuliah bermula,
Alhamdulillah semua bermula dengan baik di semester 3 ini
jadi aku mengharapkan yang terbaik untuk seluruh semester 3 ini
sebagai senior ! ceehhh !! aku dah jadi senior
Alhamdulillah masih dapat menyambung pelajaran aku di USM lagi niyh !
umum ketahuan, junior dah masuk awal bulan 9 aritu,
so skang niyh depa dah habis la segala orientasi semua bagai, tapi ade yang masih belum menjalani pimpin siswa ! gudluck la buat semua ye !

minggu depan 17 - 23 september 2013 ade konvo kat USM
so banyak kuliah batal ! that's mean !! CUTI la uolss !! haha bestt !!
jadi enjoy la the whole week !!
ok, yang ade sekitar penang tu jemput datang ler yer !! banyak acara menarik menanti anda !!
huhu ok la nak tido niyh !! bye salam !!


Thursday, September 5, 2013

Minyak naik 2 kupang


salam n hi 
entry kali ni pasai minyak la ! apa lagi kan !! haha
3 hari memikirkan nasib nak pi merantau negeri orang,
dengan bajet dah mula lari haihhh!!

yela kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 akan banyak memberi kesan kepada masyarakat contoh :
1. kenaikan harga tambang pengangkutan darat,air dan udara
2. kenaikan harga barangan runcit
3. kenaikan harga makanan

secara tidak langsung memberi tekanan kepada golongan bawahan dan sederhana yang tertindas dek kerana kenaikan kos bahan api
sebagai masyarakat yang perihatin, kita perlu bantu membantu, yang kaya bantu yang miskin,
yang kuat bantu yang lemah, itu baru nama permuafakatan
pabila harga minyak naik secara tak langsung semua orang alami tekanan terhadap kesan yang akan dialami
selepas kenaikan kos bahan ai tersebut
maka perancangan bajet yang teliti perlu untuk diperhalusi supaya kita mampu untuk "survive" dalam dunia kian mahal

bagi aku penuntut IPT, mesti merasa kesan kenaikan harga minyak ini kerana aku bawa kenderaan ke universiti,
maka itu adalah pilihan aku, dan aku perlu menguruskan kos bahan api dengan berhemat.
buat masa ini, kesan tak ketara kerana harga minyak masih baru lagi, tunggu untuk 2/3 minggu lagi, peniaga dan pengusaha akan mendesak untuk menaikan harga barangan komoditi dan pengankutan .
tatkala, untuk yang sudah berkeluarga diberi BR1M, manakala pelajar IPT hanya bergantung pada elaun PTPTN yang x berapa banyak
kadangkala mereka perlu mencatu wang mereka untuk hidup di universiti bandar.

bagi pendapat aku kenaikan harga minyak ini agak relevan jugak, kerana sudah banyak kerajaan subsidikan minyak untuk masyarakat, public debt negara pula menunjukan unjuran negatif, maka melihat kepada usaha kerajaan yang cuba seimbangkan keadaan antara negara dan masyarakat.
perlu kita tahu harga minyak di Malaysia adalah antara yang TERMURAH di rantau asian, maka kita perlu bersyukur dengan pemberian tuhan,

kadangkala saya juga terkilan dengan program2 yang dibuat kerajaan yang membuang dana yang banyak, akhirnya program tersebut tak memberi kesan kepada masyarakat, tak membazir namanya tu.
maka dengan ini, kita tak boleh buat apa2 melainkan menguruskan dan mengubah gaya hidup supaya berwasatiyyah dalam berbelanja.
salam :) 

Saturday, August 24, 2013

KaraOke

Salam n hi !

Arini penat sakan menyanyi , ye ! menyanyi la
karaoke !! hahah
mengidam nak karaoke ! haa amik kaw balun sampai 4 jam wehh!! huhu
karaoke kat 
RED BOX Low Yatt
harga agak murah la bagi student
Harga student RM 16.00 ++
siap lagi 2 minuman ! haaaaa memang gojes la duduk kat dalam tu
abis sume lagu aku karaoke
hahah agak melalut la jugak
dah la sore niy x sedap
feeling nyanyi lagu dato Siti hahaha
ke laut la jadinyerr !! kuang2x

aku pi ni pon ngn senior2 aku hahah
yelah dorang kate nak lepas tension selepas Latihan Industri kekdahnyer
memang lepas la jugak tension huhu
harap pasniy boleh la karaoke kat sane lagi >.<
korang kalau nk karaoke kat situ pi la, 
pastikan bawak student kad atau kad siswa bukti yang korang tu pelajar..
heheh nanti dapat potongan istimewa
floor die B1 haa
ok stakat niy jer..penat nak tido bye2

Monday, August 19, 2013

Senarai Hitam PTPTN | CCRIS

salam n hi 
entry kali niy sentuh pasal loan ptptn
menjadi satu buah mulut apabila kerajaan mula memperkenalkan CCRIS
yakni, penyenaraian hitam bagi peminjam tegar,
untuk ini, mungkin ade pro dan kontra nyer,
yela, golongan yang memekik niy adalah golongan yang meminjam ptptn
yang juga tidak mampu untuk membayar kerana tidak bekerja
sedia maklum, kita mengetahui kerajaan memberi tempoh 6 bulan selepas graduate untuk kita memulakan pembayaran hutang kita,
6 bulan pertama memang significant untuk kita 
1.cari kerja
2.kumpul duet
3.rancang kewangan

sebab, kini graduan boleh membayar PTPTN serendah RM 50 setiap bulan,
kalau kerja 7E pon dah mampu untuk membayar

kinitren melihat ramai cuba membidas langkah kerajaan dengan memberi model relative seperti gaji yang tidak mencukupi berbanding tahun dahulu.
baiklah, mereka yang membuat analisa ini mengemukan 
1.gaji
2.pemilikan kereta
3.pemilikan rumah
4.harga barangan keperluan

baiklah sebagai graduan ijazah, kita akan bermula dengan gaji RM 2000+- maka kita perlu merancang dengan betul, ingat pepatah " bermula dari bawah" pemilikan kereta dan rumah itu tidak perlu untuk tempoh jangka waktu tertentu, cukup sekadar membeli motosikal RM 3000 yang boleh bayar ansuran seradah RM 200.
pemilikan rumah juga tidak perlu kerana kita boleh mencari rumah sewa yang cukup untuk memberi perlindungan dari panas dan hujan
sekarang tertumpu ke harga barangan keperluan, ya memang tidak dinafikan harga barangan keperluan meningkat saban hari, memang susah untuk kita mengawal perbelanjaan ini, tapi dengan mengasingkan barangan KEPERLUAN dan KEHENDAK, maka dari situ kita mungkin dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan kita .
dari segi perkahwinan itu, si isteri perlu mencari yang berharta untuk dikahwini, maka perlu lah untuk menabung sejak dari kecik ye :)

maka, jangan hanya membidas sahaja terhadap kerajaan , kerana kita meminjam, kita bertanggungjawab, jangan lepaskan tanggungjawab kita kerana padah menunggu diakhirat bg yang islam .
Banyak inisiatif kerajaan telah beri pada pelajar, contohnya ijazah kelas pertama tidak perlu untuk membayar balik PTPTN, jadi mengapa kita tak berebut peluang tersebut? fikir2 kan lah ! salam chaww


Buah Fikiran Mahasiswa

Thursday, August 15, 2013

Berakhir sudah !!

Salam n hi !
tajuk entry berakhir sudah !! haha
maka berakhir la KSCP aku selama 4 minggu di USM..
#Eh
aku balek jugak berhari raya ok !! haha
tapi tak lama la kejap jer..huhu pokus on study katakan
Alhamdulillah semua berjalan lancar tanpa sebarang musibah

Exam KFT 131 KSCP

15 Ogos 2013 | 9.00 a.m.

melarat mata nk bangun koi 5 pagi buat revision sikit huhuhu selak2 tips ape yang personal lecture bagi ~ dan Alhamdulillah masuk sebijik, rupe nyer latihan yang die soh buat tu la yg masuk..huhu nasib baik la aku buat nohhhh !! hahah sonok2 happy jugak, tapi berserah je lah ngn takdir kann

so nak balik KL dah niy malas nk dok USM lelame, tak pi beraya umah kawan pon agi !!
so sudah berakhirlah penderitaan aku niyh! harap boleh dekan la pas niyh !! hehe

Penang - Kuala Lumpur
16th Ogos 2013
12.30 a.m 

tak sabarrr huhu k jer sini je nak citer k bye !! huhu

Wednesday, July 31, 2013

KSCP USM

Salam n hi !
entry kali niy nak citer sikit ler pasal KSCP..
huhu ape tu KSCP
Kursus Semasa Cuti Panjang atau name singkatan short sem hihi
alhamdulillah result sume dah keluar..akhirnya oke la jugak result aku
tak nak ler mendesak sangat , cuma satu subjek jer yang accident..
KIMIA FIZIK 1
menyampah giler !! aku dah buat sehabis baik dah..last2 dapat C- ape2 pon aku terus buat KSCP
lecture cakap KSCP niyh lagi senang dari final, dorang pon akan tolong jugak tuk luluskan hihi
selalunye KSCP niy budak final year jer boleh amik..
aku malas nk buat mase final year so aku buat la sidang niy 2012/2013
budak first year 2 orang jer..final year 16 orang..uhuk..
rase muda haha jumpe ngn habang Chemist USM niyh..hihi
nasib baik lah aku tau procedure
dapat tempah bilik Cahaya Gemilang n dapat slot KFT yang x ramai sangat
huhuh
so, tuk kali niyh aku nak baiki la pointer aku sikit, so tade la bawah sangat huhu 
wish me luck k !! 

KSCP KFT 131 2012/2013
24 Julai 2013 - 2 Ogos 2013
exam 13 - 16 Ogos 2013

aku tak raya sakan la tahun niyh !! huahauhuahau BYE! salam

Saturday, July 20, 2013

Sains Kimia,USM

Salam n hi :)
tetibe rase nak titip pasal kos aku haha
ok la, nak citer sikit la pasal ISM Sains Kimia (kepujian)
aku kos sains kimia tulen, jadi aku nk belajar semua analytical mahupun industri
bidang kimia tulen niy tak berfokus, ia menyeluruh
jadi untuk subjek niy ia menjadi subjek intra-hybrid
kos niyh aku letak dalam pilihan kedua,
pilihan pertama aku letak physic,
tapi tak dapat pulak huhu nasib la labu !!
amik jer...rezeki jangan ditolak !
ok sains kimia kat USM niyh agak fokus jugak, tak sama ngn universiti lain, sains kimia kat USM niy die lebih kepada teori dan analisa, jadi ia menjadi lebih rumit apabila benda yang tak tahu kewujudan pon kita belajar jugak..hahah, mampus la..
tapi tak pe pensyarah ramai yang baik2
untuk tahun pertama kita akn belajar semua sama,
bila tahun kedua, akan ade elektif dimana semua pelajar perlu ambil dan mula la aktiviti menyusun jadual,
tahun 2 niy orang cakap klimaks, buat sesuka hati la..enjoy zaman universiti selagi boleh !! huhu
lepas niyh nk start keje..gamaknye begitu..keennnzz..haha
jadi kepada adik2 batch 2013/2014 yang masuk dalam kos niy ~ abang ucap selamat datang yer~ CEHH haha
selamat datang ke USM , untuk kos SAINS KIMIA, USM :) peace yooo!!! chauuu !! salam

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan Fasa 2 #Oh

Salam n hi !
ok entry kali niy pasal puasa plak la kan..huhu
ok nak citer la sikit niyh, dah seminggu lebih berpuasa, jadi korang puasa penuh tak ?
mesti banyak alasan la kalau yang tak pose tu kann..haha
ekspesialy pompuan !! datang ...tuutt
oh ok ! Ramdhan dah nak masuk fasa 2 mean selepas 15 hari kira fasa 2 la..huhu jadi kaum ibu dah stat pening~
nak tempah langsir
nak buat kueh
nak hias rumah
nak plan sana sini
nak servis kete
ape2 la lagi kann..hahah ini lah kaum ibu yang saban tahun mahu melihat mahligai mereka cantek untuk hari raya, mase niyh lah nak tunjukkan kecantikan mahligai mereka..hehe
fasa 2 juga menuntuk untuk kita qiamulai , kerana pada sepanjang tempoh itu malaikat akan turun, (sirah)
dah pada waktu itu lah semua doa tak terkecuali dimakbul kan~ seronok kan, sape lah tanak peluang seperti itu kan mesti berebut orang nak, jadi jangan lepaskan peluang.
bagi aku , raya tahun niy biasa seperti tahun lepas mungkin angka umurku sudah lanjut ke 21, jadi aku tak mengharapkan apa2, cuma keberkatan dalam ramadhan niyh saja,
jadi kepada anak2 yang diluar sana tu, tolong lah kaum ibu2 niyh ok ! dapat pahala, kesian dorang nk cantek kan rumah, korang pon tolong jugak , buat kueh dll
hahah kan, masuk fasa kedua niyh kritikal sikit la, jadi kuat semangat ! GAMBATTE !!
salam :)

Thursday, July 11, 2013

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA USM

salam n hi :)
saje je gatai tangan nak update pasal USM niy, tengok adek2 dah dapat keputusan kemasukan universiti kan
so saje je lah nak cerita sikit pasal USM niyh hhihi
skang niy ambilan 2013/2014 kan, 
adik2 yang dapat USM niyh sangat beruntung tau, sebab ade MunShi, daripada 10,000 lebih 
yang apply hanya 5300 lebih je yang berjaya masuk USM,
jadi siapa yang dapat tu jangan lepas kan peluang yang dah ade tu ye
USM niy sangat BEST !!
tempat die pon sangat strategik, depan jembatan pulau pinang tu je USM tade la jauh mane pon
daripada USM boleh nmpak Jembatan Penang tu, 
Asrama kat USM atau dipanggil desasiswa banyak disediakan,
antaranya Restu, Saujana, Tekun, Indah Kembara, Aman Damai, Cahaya Gemilang, Bakti Permai dan Fajar harapan, kampus induk je lah :)

USM
sangat best sebab, teletak kat kawasan bandar, 
KFC, McD, Subway, Baskin Robin, Tesco,Pizza hut, dll
semua tu kat depan USM jer, korang just jalan kaki je lah, cuma korang ade duet atau tak jer..huhu
duduk kat Penang niy korang akan gemuk nyer la, banyak makanan sedap2 kat penang niy, lagi2 nasi Kandaq, pesembor, laksa penang dan lain2 lagi yang tak boleh mention takot korang terliur.
Ramai orang jeles ngn USM sebab kedudukan yang begitu strategik.
dekat dengan pantai, restoran hammer bay (terkenal dalam novel2 cinta),
queensbay, airport, jembatan pulau pinang,
selalu kteorang BBQ kat bawah jembatan Penang jer, BEST ok !!

Fasiliti kat USM first class
pusat sukan semua ada, dan masih baru, kolam renang saiz olimpik. stadium hoki antrabangsa, padang bola, memanah, golf semua ada,
kemudahan untuk beriadah juga ada, seperti denai tuk jogging tasik fajar dan aman, situ jugak ade biawak besar buaya, selalu dorang bagi roti gardenia, roti lain biawak tak nak !
siapa yang dapat cahaya gemilang boleh la merasa tandas first class dan durian valley, Cahaya Gemilang merupakan hostel yang paling fresh dan segar dalam USM sebab dikelilingi pokok2 yang menghijau,
jadi korang before nak datang USM tu, aku saran kan tengok la filem ALI SETAN, and korang cuber tengok tempat2 diorang berlakon, keadaan tersebut masih sama :)

setakat tu je lah nak coret kalau de pape hal boleh PM yer :) salam

Wednesday, July 10, 2013

Pos " LAJU " aka LEMBAB

salam n hi !
 entry kali ni berkenaan ngan pos laju !
fedap aku ngn pos laju niy !! alahai aku makin naik angin la ngn servis dorang niyh!
citer die begini yer.

1 Julai 2013
aku hantar motor aku kat PPL Pulau Pinang akan lebuh victoria, saner nuhh!
so, macam biasa la aku isi form die, then aku tanyer la ngn sorang staff niyh
" klo i hantar motor niyh agak brapa lama bleh sampi ? "
then die jawab
" at least 3 to 5 days " so aku cakap la klo lebih dari tu macam mane,
die cakap telefon PPL kawasan kita.
so aku hantaq la motor aku niyh !

2 Julai 2013
motor aku dah sampai KL dah !! aku check kat track and trace tu,
dah smpai kt PPL KL, transit office la gamak nyer, so gembira la aku,
ingat kan esok nyer die dah hantar kat kawasan aku niyh.. PPL Batu Caves
then pasang impian la aku kannn..nk ronda2 KL before puasa.

3 Julai 2013
aku check2 masih belum smpai lagi, so aku sabaq ja la..biase2 je
orang tua aku dah start tanyer pasai motor tu..huhu so aku jawab je la, tade orang habag mai soh kutip motor tu..

7 Julai 2013
masih tak de berita pasal aku nyer motor, dah jadi risau aku, dah seminggu plak tu, tah ape la jadi kat motor aku tu kan hmm, so aku kol la PPL KL,
kerek nyer staff tu cakap consigment tu tak wujud ! woi ! then die cakap aku pos ape, aku cakap la aku pos motor, then die tengok, die cakap motor aku still ade kat PPL KL, delay
aku pon what the heck ! kenapa delay lame sangat !
die cakap tade orang nak hantar,
memang angin la aku ! so aku ckp aku nk motor aku di pos esok jugak, bukan jauh, KL ngn Batu Caves tu, dekat2 setengah jam jer..alahai..bile aku cakap nak amik kat sane, diorng tak bagi sebab takut keliru pulak..

8 Julai 2013
aku kol, staff lain angkat, aku bagi la no pos aku tuh..then die cakap, barang niyh dah hantar kat rumah aku !
lagi sekali bengap betul minah niyh! aku cakap la ngn die, tau tak barang ape yg aku terima, die ckp kotak!
aku cakap, puan, sy pos motor dari penang ke KL, ngn tangan saya sendiri, tak kan motor tu dah barai letak dalam kotak then pos kat saya,
then die terus smbung kat staff lain..staff lagi sorang niyh ok la, die chill kan aku kejap, die sroh tgu lagi 2 hari.

10 Julai 2013
akhirnya motor aku sampai ! sangat gembira, tiada calar balar, tiada kerosakan dan seperti apa yang aku expectkan. huhu puas hati la walaupun LEMBAB tapi no damage, agak ok la, first dulu aku hantar, aku nyer body retak..haihh..kali niyh ok la..tade pape..ok mase jenjalan...vroommm

kbai salam :) tu je nurkilan saya..hihi

Friday, July 5, 2013

Aku kene Rompak !

Salam n hi !
entry kali ni agak scary mery bagi aku, sebab first time kene kan,
masa tu aku sempat tengok jam, jam menunjuk kan 11.28 mlm,
aku nak pi keluarkan duet, alang2 aku otw balik dari damansara, aku cocok la duet kat situ sekali,
byk jugak la aku cucuk , about RM 200,
aku jenis tak suke pgang duet banyak2
so aku letak RM 150 dlm poket and another RM 50 letak dlm beg duet.
mase nak masuk dalam kereta tu, tetiba ade orang rampas beg duet aku dari tangan, acukan pisau kat aku,
aku bagi jer lah, malas nak lawan sebab die ade pisau, nyawa lagi penting, then die terus cabut.
aku rase umur die about 19-21 and mesti budak baru, sebab :

1. cara pegang pisau salah
2. gune pisau dapur
3. hanya ambil beg duet, dan tak mintak barang berharga lain
4. helmet letak atas bumbung kereta mase merompak.

nasib baik dier ambil beg duet tu jer ! hahah
kad pengenalan, kad bank, kredit sume aku letak kat dalam kad holder, so die just ambil beg duet + resit2, ngn kad watson.
huhu dan anggaran kerugian RM 51.30 hehe
tak de la banyak mane berbanding ngn nyawa kan..
aku rasa cara terbaik untuk kurangkan kerugian adalah :

1. asing kan kad2 penting dan duet
2. try asing2 kan duet selepas keluar etc poket baju / seluar/ beg
3. jangan melawan semasa rompakan
5. pandang mata perompak dengan sayu.
6. avoid bercakap dengan perompak, takut kita terlepas cakap

setakat niyh jer story aku yer !!
masih berdebar !!
saudara saudari berhati2 okeh semasa mengambil duet dari ATM sebab mungkin andasedang 
diperhatikan dari jarak jauh.
dan berdoa supaya perkara buruk dijauhkan ! amin !!
bye2 salam :)

Monday, July 1, 2013

Pulau Pinang , kaki mengorak !

Salam n hi !!
pertama sekali, terasa seronok tatkala dpt menitip kembali dalam blog yang x selalu aktif niyh !! huhu
dapat je masa sikit niy boleh la nak ceritakan serba sedikit pengalaman macam mana situasi kat pulau pinang niy kan, yang dah jadi macam rumah kedua aku !!

banyak bende dah berlaku kat Pulau Pinang niyh !! aku nak cerita satu persatu pon payah !! huhu
aku citer la pasal ribut yang landa pulau pinang aritu (2013)

Ribut Pinang 
mase tu aku duduk kat dalam bangunan, maklum la time tu study week, then petang tu hujan yang maha dasyat..lebat yang amat, kain kt ampaian tak basah sebab ade bumbung heheh..seronok la study + tidur atas katil kan..hahah then lepas dah reda sikit tu tetibe je angin kuat melanda, time tu dalam kol 6 petang, lanjut sampai kol 8 30 malam, 
risau kot, kalau kat kolej kediaman aku niyh , desasiswa cahaya gemilang, banyak pokok, yang paling aku risau pokok besaq depan bilik aku niyh, klo tumbang naya kene bilik aku niy !! haha Alhamdulillah, pokok tu terselamat, tak tumbang, cuma dahan2 besaq jer jatuh O.o hahaha
lepas dah reda tu, tengok keadaan kat USM niyh sangat menakutkan, macam tempat terbiar, rosak, pokok tumbang, dahan besar2 patah, memang ribut tu kuat la kategori 2 kate nyer...huhu pape pun Alhamdulillah terselamat !

Final Exam
macam biasa final exam kali niy berlainan sikit sebab aku dah amik subjek minor ! jadi aku kurangkan teras aku..huhu, so, nak jadikan pendek, aku puas hati dengan exam kali niy !! sebab semua aku leh jawab ! Alhamdulillah ! berkat usaha belajar sikit2 dengan pensyarah ~ akhirnya boleh jawab dengan tenang :)

Jalan2 Batu Feringghi 
ber"barbeque" dengan rakan seangkatan, memang seronok beb !! huhu waktu tu pula cuaca elok ! x panas x sejuk, berangin pantai ! ombak kuat !! besstt !!
main permainan dan akhir sekali kawan2 semua sporting la !!
release tension kate nyer pabila exam menjelma !
huhuh yela tekanan asyik belajaq jer, moh kita relax !! kannn..

Jalan2 Bersama kakak @ Penang 
kakak mai penang lepas je aku habis exam, 26 tu kakak datang, petang. mase tu die check in kat tune hotel, murah jugak tune hotel niyh 3 hari 2 malam baru RM 130++ memang recommend la spe yang nk pi sini n bajet.
dekat jugak dengan KOMTAR so tade hal la nk pi jenjalan sekitar georgetown !! kann
banyak tempat aku pi jenjalan kat sini bersama kakak ~ antaranya

1.Restoran Kayu
2.Batu Feringghi
3. Jeruk madu Pak Ali
4. Laksa Janggus Balik Pulau
5. Pasar Nelayan Balik Pulau
6. Restoran Sampan, Hammer Bay
7. Restoran Kapitan
8. USM ( semestinyer)
9. Georgetown
10. Feri
11. Bukit Bendera

x sempat pon nak pi semua tempat, memang tak cukup mase, tambahan lagi dengan Jem nye penang time waktu puncak. memang susah la nak bergerak kan , jadi terbantutlah masa memang penang niyh syurga makanan ! jadi korang kene la menikmati makanan kat sini !
ok setakat niyh jer lah benda yang aku nak citer ! pape lagi aku titip ya !! see ya !! huhu salam !

BarBeque kelab Debat
bedebat memang nampak senang tapi nak cakap tu susah !! itu lah yang aku kene bile first2 berdebat, tak sama pula dengan pidato !! huhu
so lepas banyak event kami masuk dan pertandingan last adalah debat ASTAR UM !! seronok jugak la, bile dapat kalahkan team2 yang power2 huhu
kami akhiri dengan babeque bawah jembatan pulau pinang !! suasana tenang dan banyak orang buat barbeque kat situ.. so suasana havoc dibuat oleh KAMI !! huhu

Gambar sikit !! huhu






Sunday, April 7, 2013

MIDSEM BREAK

Salam alaik !!
 cuti midterm kali kate diri aku nak belajar bagai !!
hahaha
adekah ia akan berjaya?? nanti saksikan ok !! huhu

senang citer cuti midterm niy aku nak pi jenjalan keluar2 sekitar KL la katenye..huhu

KLCC - Bukit Bintang - Times Square - Low yatt - Sunway pyramid

tah la, bile la pulak mase aku nk pi...kan..
haha dah la kene DUET lagi tu !!
pokai !! kene pandai berjimat niyh!! nasib baik lah sebelum midterm aku tak banyak berbelanja..
huhuhu, so ade la banyak sikit duet niy !! haha katenyer...
dalam cuti niyh gak aku nak ulang kaji la sikit kan..tak kan cuti jer manjang, belum final lagi...dah nak cuti manjang...
yela. orang kate cuti midsem niyh cuti release tension kan..betul lettew..
nak release tension..nanti naik giler pulak !! hahaha
k la sampai sini taip bye !!

Wednesday, April 3, 2013

Sepintas Lalu

Salam n Hi !!
arini tetibe ade mood lak nak typing sume segala mak nenek !! haha
aku nak ringkas kan lah !!

Karnival Jom Masuk U !

aritu ade karnival jom masuk U kat USM niiyh !! hahah aku gatai sangat nak pi haha
motif aku nak pi walau da masuk U kan..
aku pi saje je nak dapat beg percuma la katekan...
banyak gak dapat beg percuma...haha
dari seluruh U kat mesia lagi tuhh!! hahaha habislah bankrap U bagi beg kat aku jer...hahah da lah minX banyak plak..haha senang...kt penang niyh dah tak bnyak pasaraya bagi plastik!!tu susah..

Cuti Midsem !

oh !!! inilah yang paling aku nantikan...cuti mmidsem kat USM niyh !! hahah  nak balek KL nak jumpe kengkawan !! nak jumpe someone special in my heart ceehhhhhh !!! hahah
jom la sape yang nak pi KL roger2 la k :)

DPNC !

FYI DPNC is stand for debat piala naib canselor !
fuyoohhh aku berdebat ker ?? haha
yela..tetibe jadi sonok la debat2 segala haram niyhh!!!
agak la !! haha
memang best jugak.. leh rebut !! replace and restate ! cehh tah betul ke tak !! hahah
harap dapat beri kemenangan pertama pd au nyer desasiswa la ek !! huhu
latihan pun dah banyak ...ok lah !! harap keyakinan kteorang jer skang niyhh!! huhu usul dah kuar..dan tak lah susah sangat !! huhu

tu je lah bende yang terjadi.. haha sikit je kann...tade la banyak mane !!
aku niyh rendah diri orang nyer.....wakakak motuifff aku ckp gituuu !! kannnnnn hahaha k lah bye...petang niy ade kuiz sok pulak ader test ~ mati ~ kbai salam semua :)

Saturday, March 9, 2013

coret2

Salam !!
hari ni sungguh nyaman tatkala membuka jendela bilik,
berhadapan bilik ku ade pokok besar, sangat nyaman jadi nya :)
ok, nak cerita result debat keamanan ngn intergriti
 pasal debat keamanan alhamdulillah USM antara top 10 lah dalam gamakya, haha
agak seronok disitu, apabila pusingan ke 4 dah dalam top 5
tapi apekan daya UPM lagi kuat dari kami, idola pendebat ku, iaitu kak Afifah :)
sangat best.. margin 1.5 jer.. tak kisah lah!! asalkan aku bahagia kan !!
lepas niyh insyaAllah akan join byk tornemen kataku !!
haha
asalnye aku tak mengabaikan pelajaran !!
kalau tak habis lah !! kene pulun habis niyhh!!
kt USM skang niyh tengah berlansung KARNIVAL JOM MASUK U
hahaha aku feeling2 jadi hadek2, mmg menjadi ponn!!
ramai ingat kami tingkatan 4 hahahabuat2 tak tau pasal U..haha yang penting dapat banyk BEG !! wakakak
k lah berunduk jari ku :)

Tuesday, February 26, 2013

debat keamanan, integriti

Salam wbt
Menitip wadah di pagi hari, untuk santapan rohani,
Bulan 2 niy aku amat penat sekali, mcm2 aktiviti debat kene sertai,
Fuhhhhh...memang berkarat la kannm..hahaha
Yela, mane tak nyer usm da kekurangan pendebat,
Aku pon bukan nyer power sgt pon, sekali kene caras kat pertandingan tu nnt hahah,
Bessstttt...
Hmmm tajuk tuk keamanan niy susah la yang amat sangat, kene banyak pengetahuan pasal dunia, aku niy, malaysia pon tak lepas lagi, apekan nak dunia pulak, aiyoo...susah wooo
Tajuk intergriti pulak ok la...tak susah mane, senang2 jer...tapi aku pon takit nak bawak, sbb senanb sgt nnt terpleotlak..wakakak

Byk tol konflik...aku pon malas nk layan sume niy...tak kisah la, alhamdulillah, pointer aku pon ok la lepas 3, aku malas nk cerita kt orang nnt AKU PULAK YG KNEN hahaha so, aku just ckp bawah 3 jer...hahaha jahatnyer aku...harap tade lah yg bace niyh..lol,
K ar, bye

Friday, February 1, 2013

Mood Meransang untuk menitip

Salam 
mood arini kembali normal sudah !! hahahak!!!
ye la!! malas dah aku nk bertekak hal family niyh!!
nasib baik la mama dah setuju nk beli motor time mama ngn abah nak pi penang nanti !!
haha puas gak la hati aku !!
aku nak request motor mahal2 ducati ker..haha
pape pon tunggu lah nanti yer :)

Skang niyh tengah dalam dilema pulak..haha
banyak je masalah aku kan..ahak :p
skang niyh aku nak beli tablet PC tapi aku ta tau nak beli jenama ape,
ye lah, bukan memilih, tapi alang2 menyeluk perkasam biar smpai ke pangkal lengan kan..haha
aku dah buat survey..ade 3 jenama aku nk pi tengok2 nanti

samsung | Acer | iPad

3 jenama niy menjadi idaman kalbu >.< hahah 
aku nak pakai tab niy sangat sebab malas nak bawak buku 4 kg ke hulu hilir..susah la beb
bahu aku dah start kendur la~
tu lah aku nak cari tab niyh
senang la sikit keje aku..
tak payah la beban kan aku..
selalu aku ponteng kuliah sebab tu lah!! hahah :P
ipad niy aku rase leceh sikit la sebab susah nk direct donlod, susah nk exchange folder, susah nak macam2 la..
sebab klo nak donlod kene kat iTune
gile la..tapi safety die aku salute la beb..
yang lain niyh aku prefer jugak la..
skang dalam hati aku niyh berbintang2 jenama samsung haha
tengok la nanti camner :P
kang dah beli aku inform korang 
PS : aku menaruh hati kat samsung ATIV..kalo berkemampuan beli la :)

Wednesday, January 30, 2013

Sadis | ceritera terbalik

Salam !
mood aku melayang hari ni !! tade mood langsung !!
aku hari niyh dah bertekad !!
lepas niy aku tak nak balik umah !!
ape nak jadi jadi lah !!
sepatutnya anak bongsu lah dapat kasih sayang lebih !
niyh dah terbalik !!
abg aku pulak dapat kasih sayang lebih !!
semua perkara dulu kan abang aku jer ! benci aku !!
mintak duit sampai beratus ratus mak bapak aku bagi macam tu je
bile aku mintak boleh...kasi PINJAM je !! arhhh !!
dah lah bukan bekerja pon die !!
pegi la cari keje !!
yang aku niy belajar tinggi2 tapi nk kene bagi duet kat abag aku pulak !! puihh!!
PEMALAS !! ko cari la keje bahalol !!
lagi satu cerita hOTTTT
motor aku atas name aku !!
pastu aku bagi pinjam jer~ then,
ko suruh mama tukar name kau !! FUCK la !!
duet aku bodoh !!
aku keje 2 tahun nak beli motor ko senang2 je amik macam tu
aku pergi keje dulu jalan kaki ok jer..
ko tak keje lagi pon dah request macam2 !!
aku sedih duet aku hilang macam tu je..
ko pemalas dan menyusahkan orang lain !!
aku sedih !! sangat...aku benci family aku skang niyhh !!
lepas niy aku jarang balik jangan tanye kenapa ye !!
semua bukan nk ringankan beban aku !! beratkan lagi ade lah !! 

Sunday, January 27, 2013

Sibuk | tak keruan

Salam !! :)

Minggu niy agak busy sikit la, walaupun tak buzy mane..hahaha
yela, abang nak kahwin , adik pulak yang over sikit
yela, nak la nmpak seri muke sikit kan :p 
boleh la cari markah sikit!! haha
pergi keluar bukit bintang ngn time square gigih pi cari baju kameja
warne krim, al maklum la, tema nk warne krim
susak la nk cari baju kemeja warne krim...haha
jenjalan, pastu pi makan2 then jenjalan lagi 
nasib baik lah 2 orang kawan sekolah menengah niy tak jemu2
jalan kesana kemari..haha
aku pun tak keruan jugak.. dah la ramai orang..fuhhh bersesak siutt !!

pastu dah abis beli baju tu, pi low yatt, nak betulkan lappy
sebab die punyer pusing bukak katop tu dah patah..
cian lappy, terpaksa tidur kat low yatt 1 malam !!
duet pom abis dalam RM 130 !!
mahal giler !!
tape lappy nyer pasal aku buat ape saje..huhu yela, dah 7 tahun pakai laptop niy
jage tau !! ade smpai orang kate "laptop baru lettew" hahah
cantik !! hehe
low yatt time aku gi tu mase sehari before deepavali..memang sale habisan la !!
hoho nampak samsung tablet 10.1 impianku !! haha menunggu duet masuk !! baru nak pi beli !! hehe

pastu pegi pasar malam kat jalan TAR pulak !!
memang syiookkk habis la !! macam2 ade la weh !! tak keruan lagi nak pilih barang kat situ..lain kali
nak pi situ la, beli barang..mcam2 yokkk!! hahah sejadah karpet permainan...murah gak la, at least boleh tawar menawar kan :)
selalunye pasar malam sini murah
pasar malam Jalan TAR bukak start kol 4 petang..jadi pas jenjalan kt KL
mesti singgah kat sini..melempias nafsu shopping kat situ lak haha

ok,,,tangan penat menaip dah niyhhh!! papai !! :)

Friday, January 18, 2013

Isu Semasa | pemikiran kronik atau minda rosak ?

Assalam. wbt dan salam satu malaysia
Pertama sekali, syukur sebab ade mood nak menaip blog waktu2 sebegini!! haha
tertarik sebab cuaca pun elok :)

terus respon kpd isu2 terkini yang sedang hangat diperkatakan skang !!
isu yang menjadi hangat dan ade unsur humor ialah
1. reaksi masyarakat dari kenyataan YDP MPPUSM
2. isu LISTEN LISTEN LISTEN
3.Kalimah Allah (politik)

baiklah, saya sebagai pelajar yang baik, bukan untuk meperkotak katikan  keadaan semasa
cume isu2 yang remeh seperti ini sepatutnya tak perlu dihebohkan
sperti yang anda tahu isu LISTEN LISTEN niy hangat di alam maya skang niyh !!
sebab ape, sebab seorang pelajar dari IPTA telah menuntut hak pendidikan percuma,
masalah niyh aku tanak masuk campur, tapi jika pendidikan percuma niy dijalankan dengan kadar cukai negara yg dikenakan pun tak tinggi mana, aku rase nk dpt pendidikan percume memang tak relevan,
nak pendidikan percume tapi belajar tah ke laut !!

isu tentang YDP MPPUSM, ydp aku niyh !! haha
aku bace kenytaan beliau, aku tak nmpak ape2 unsur bias, cume die nk mengalihkan isu, supaya kita
memberi perhatian kepada isu yang lebih serius, selit sekali dengan isu KALIMAH ALLAH
seperti yang anda tahu, bukan kitab Al Furqan sahaja yang menggunakan perkataan ALLAH
tapi kitab injil taurat zabur pun ade gunekan, bagi orang kristian mereka percayakan Allah,
cume meraka tak percayakan Nabi Muhammad sahaja sbg pesuruh Allah,

jadu bende2 remeh sebegini tak harus dipoliik kan, dengan perancangan dan penstrukturan idea
kamu semua, kerajaan atau pembangkang sering telagah antara satu sama lain,
kan lebih baik jika duduk atas satu meja dan bincangkan soal keamanan sejagat !! baru di namakan negara harmoni,

tapi rasenye tak kan terjadi sebegitu sebb semua nak tunjuk kan kepala sendiri,
huhu malas nak celoteh nanti kene screen capture plak, femes lak aku, jadi trending kat twitter !! heheh mohon mencerap :)

Tuesday, January 15, 2013

Tak kan Sama


Assalam wbt & sejahtera
Disebabkan engkau dah meluahkan ape isi hati kau
ok, aku akan berubah, aku berubah bukan sebab kau ok !!
aku rase kau patut cermin muke sendiri, 
kalau engkau menceritakan perkara niy kat orang lain, memang kau niy 
bukan kawan yang baik ! penyebar aib orang!
fine !!

malas aku nak fikir tentang kau !!
diam-diam ubi berisi, same jugak dengan sorang lagi tuh
aku patut dah agak dah !! korang niyh bukan jenis sekepala ngan aku,
same jugak kes jadi kat matrik dulu !
orang yang baik selalu akan dipijak, motif sebab jeles !!
hahah, kalau aku nak jatuhkan kau senang je, tapi aku fikir tentang DOSA yang aku akan tanggung kelak,
aku tak kan buat !! 

lagi status kau tu aku tak boleh tahan !! ade ke kejadian yang aku jatuh tu balasan TUHAN !!
OMG !! kau niy ape ?? psychic ker ar?? boleh tau balasan tuhan !! sewenang2 nak cakap macam tu kan,
itu pemikiran bodoh, dan tak bertamadun dalam peradaban dunia !!
whatever !! kalau kau bace niyh bagus lah !! KAU CAKAP AKU PENIPU !!
ok fine aku tau aku penipu !! tapi mcm mane kau tahu aku penipu ?? dari kawan BAIK kau ??
macam mana kau tau kawan baik kai tu tak tipu ?? hahah kalau tak dengar dari dua belah pihak memang bende tu dah dianggap fitnah !! faham 

lepas niyh aku akan berubah !! kau tak kan dengar gelak tawa aku, kau tak kan lihat kegembiraan aku
kau tak kan tahu ape yang terungkap dihatiku lagi cehhh!! haha

maaf atas kekasaran bahasa :) hati mendidih ! salam

Sunday, January 13, 2013

Tikaman sekali

Salam wbt
hari ini sangat tade mood
tah la mungkin sebab kene maki hamun kot
tapi aku tak terasa pun, kawan sendiri yang cakap macam tu
tapi bukan secara realiti, tapi sentap jiwa aku.
mungkin ade pihak ketiga yang cube jatuhkan aku
tapi aku sedar aku niy siapa

aku tak pernah cakap aku pandai, aku tak pernah cakap aku tahu semua,
kenapa orang skang bersikap skeptikal?
aku benci !! Aku tak pernah marah orang bukan bermakna aku lembut ok !!
aku pernah rase macam mane kalau KAWAN sendiri yang marah kat aku !!
fine !!
then , mungkin selalu aku ajar kau, tak bermakna aku tau semua tu, aku gigih pergi menuntut ilmu 
bersama2 kawan2 lain, then aku muntahkan balik ilmu tu kat kau !!
aku cube tak menghampakan kawan2 aku yang nak belajar ngn aku, 
atleast bile dah tau sikit boleh apply la,

Kau cakap aku tak ikhlas nak bagi ilmu kat kau ??
Fikir baik2 ok ! aku print kan nota, aku searchkan nota, then aku try explain the best explaination untuk kau
then kau cakap aku tak ikhlas?? bukan aku nak mengungkit tapi aku terkilan
mungkin kau dah salah faham ape2 ke.
aku tak pernah salahkan kau :)

aku tau aku niy bukan baik sangat ~ dan memang aku tak layak kawan ngn korang, korang berhak nak kawan atau tak ngn aku, tak menjadi masalah pon bagi aku ~ 
as a conclusion kalau aku buat korang marah ker, buat macam2 yang tak baik ke ngn korang harap maafkan okeh :)

Thursday, January 10, 2013

Inorganic Chemistry | choke with own action

Assalam wbt dan selamat sejahtera

nak lepaskan tension kat blog sat !!
sangat sedih !! geram !! babi ! lahabau ! eeee
macam-II perkataan nak aku keluarkan lepas je jawab kertas KTT 111 tadi ( 11 jan 13)
soalan objektif aku dah buat hal dah !! fuck la !!  aku tak sempat nak abiskan soalan objektif !!
hmmm sangat bernasib malang !!mungkin aku tak rancang dengan betul kot !!
memang aku tak rancang dengan betul  pon !! haishh!! kalut sungguh !!
nasib baik bahagian B aku dapat jawab semua !!

first time dalam hidup aku, aku tak dapat habiskan soklan objektif, 
dulu soklan objektif tu makanan aku !! hmm
kuasa tuhan menantukan takdir hambanya :(
harap lah aku skor sikit tuk objektif tuh !!
walaupun hampir 10 soklan aku hentam, tapi ikot logik la jugak..

sangat perit !! 
hmmmm...
kbai salam 
tade mood

Tuesday, January 8, 2013

Mencari Alumni Desasiswa Cahaya (Permai, Gemilang, Cahaya) Universiti Sains Malaysia, USM


Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia

Kami penghuni semasa Cahaya Gemilang akan membuat satu pesta, dimana ia dinamakan pesta EXECT 30th sempena penubuhan desasiswa yang sudah menjangkau 30 tahun. Sehubungan itu, saya ingin mencari bekas-bekas penghuni yang pernah menghuni desasiswa Cahaya Permai, Desasiswa Cahaya, Desasiswa Gemilang, Desasiswa Permai, Desasiswa Cahaya Gemilang (2012 hingga 1969) untuk respon kepada saya, 

Tujuannya ialah saya hendak menggumpul seberapa ramai yang boleh alumni/bekas penghuni desasiswa untuk menyertai majlis ini. Majlis ini merupakan salah satu majlis yang dianggap kedua terbesar di USM, maka, kerjasama alumni/bekas penghuni desasiswa cahaya amat diperlukan.

Majlis ini akan berlangsung pada bulan 3 ( Mac) 2013

Objektif pesta ini diadakan adalah ,

1.untuk mengeratkan hubungan setiakawan yang lama terpisah
2.memberi informasi kepada alumni tentang perubahan semasa yang telah dialami desa cahaya
3.memberi gambaran transformasi desa cahaya terhadap kelestarian USM

Jika anda terbaca pos ini, dan mengenali kawan/saudara/adik/abang/kakak/emak ayah tolong inform pada mereka
terima kasih smile.gif

sebarang informasi boleh menghubungi melalui 

FB- https://www.facebook.com/muhammadluqmanbinhasan
twitter : @LuqmanHasan
BBM : 283F8AAF

sila hantar : 

1. Nama Anda
2. Alamat (sekarang)
3. no telefon

Sekian terima kasih,

Yang menjalankan tugas, sekreteriat EXECT 30th 
Muhammad Luqman Hasan, tahun pertama