DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Monday, August 19, 2013

Senarai Hitam PTPTN | CCRIS

salam n hi 
entry kali niy sentuh pasal loan ptptn
menjadi satu buah mulut apabila kerajaan mula memperkenalkan CCRIS
yakni, penyenaraian hitam bagi peminjam tegar,
untuk ini, mungkin ade pro dan kontra nyer,
yela, golongan yang memekik niy adalah golongan yang meminjam ptptn
yang juga tidak mampu untuk membayar kerana tidak bekerja
sedia maklum, kita mengetahui kerajaan memberi tempoh 6 bulan selepas graduate untuk kita memulakan pembayaran hutang kita,
6 bulan pertama memang significant untuk kita 
1.cari kerja
2.kumpul duet
3.rancang kewangan

sebab, kini graduan boleh membayar PTPTN serendah RM 50 setiap bulan,
kalau kerja 7E pon dah mampu untuk membayar

kinitren melihat ramai cuba membidas langkah kerajaan dengan memberi model relative seperti gaji yang tidak mencukupi berbanding tahun dahulu.
baiklah, mereka yang membuat analisa ini mengemukan 
1.gaji
2.pemilikan kereta
3.pemilikan rumah
4.harga barangan keperluan

baiklah sebagai graduan ijazah, kita akan bermula dengan gaji RM 2000+- maka kita perlu merancang dengan betul, ingat pepatah " bermula dari bawah" pemilikan kereta dan rumah itu tidak perlu untuk tempoh jangka waktu tertentu, cukup sekadar membeli motosikal RM 3000 yang boleh bayar ansuran seradah RM 200.
pemilikan rumah juga tidak perlu kerana kita boleh mencari rumah sewa yang cukup untuk memberi perlindungan dari panas dan hujan
sekarang tertumpu ke harga barangan keperluan, ya memang tidak dinafikan harga barangan keperluan meningkat saban hari, memang susah untuk kita mengawal perbelanjaan ini, tapi dengan mengasingkan barangan KEPERLUAN dan KEHENDAK, maka dari situ kita mungkin dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan kita .
dari segi perkahwinan itu, si isteri perlu mencari yang berharta untuk dikahwini, maka perlu lah untuk menabung sejak dari kecik ye :)

maka, jangan hanya membidas sahaja terhadap kerajaan , kerana kita meminjam, kita bertanggungjawab, jangan lepaskan tanggungjawab kita kerana padah menunggu diakhirat bg yang islam .
Banyak inisiatif kerajaan telah beri pada pelajar, contohnya ijazah kelas pertama tidak perlu untuk membayar balik PTPTN, jadi mengapa kita tak berebut peluang tersebut? fikir2 kan lah ! salam chaww


Buah Fikiran Mahasiswa

No comments:

Post a Comment