DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Thursday, September 5, 2013

Minyak naik 2 kupang


salam n hi 
entry kali ni pasai minyak la ! apa lagi kan !! haha
3 hari memikirkan nasib nak pi merantau negeri orang,
dengan bajet dah mula lari haihhh!!

yela kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 akan banyak memberi kesan kepada masyarakat contoh :
1. kenaikan harga tambang pengangkutan darat,air dan udara
2. kenaikan harga barangan runcit
3. kenaikan harga makanan

secara tidak langsung memberi tekanan kepada golongan bawahan dan sederhana yang tertindas dek kerana kenaikan kos bahan api
sebagai masyarakat yang perihatin, kita perlu bantu membantu, yang kaya bantu yang miskin,
yang kuat bantu yang lemah, itu baru nama permuafakatan
pabila harga minyak naik secara tak langsung semua orang alami tekanan terhadap kesan yang akan dialami
selepas kenaikan kos bahan ai tersebut
maka perancangan bajet yang teliti perlu untuk diperhalusi supaya kita mampu untuk "survive" dalam dunia kian mahal

bagi aku penuntut IPT, mesti merasa kesan kenaikan harga minyak ini kerana aku bawa kenderaan ke universiti,
maka itu adalah pilihan aku, dan aku perlu menguruskan kos bahan api dengan berhemat.
buat masa ini, kesan tak ketara kerana harga minyak masih baru lagi, tunggu untuk 2/3 minggu lagi, peniaga dan pengusaha akan mendesak untuk menaikan harga barangan komoditi dan pengankutan .
tatkala, untuk yang sudah berkeluarga diberi BR1M, manakala pelajar IPT hanya bergantung pada elaun PTPTN yang x berapa banyak
kadangkala mereka perlu mencatu wang mereka untuk hidup di universiti bandar.

bagi pendapat aku kenaikan harga minyak ini agak relevan jugak, kerana sudah banyak kerajaan subsidikan minyak untuk masyarakat, public debt negara pula menunjukan unjuran negatif, maka melihat kepada usaha kerajaan yang cuba seimbangkan keadaan antara negara dan masyarakat.
perlu kita tahu harga minyak di Malaysia adalah antara yang TERMURAH di rantau asian, maka kita perlu bersyukur dengan pemberian tuhan,

kadangkala saya juga terkilan dengan program2 yang dibuat kerajaan yang membuang dana yang banyak, akhirnya program tersebut tak memberi kesan kepada masyarakat, tak membazir namanya tu.
maka dengan ini, kita tak boleh buat apa2 melainkan menguruskan dan mengubah gaya hidup supaya berwasatiyyah dalam berbelanja.
salam :) 

No comments:

Post a Comment