DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Friday, August 28, 2015

Pengalaman Interview dan Sedikit Tips untuk Fresh Graduate

Salam,
banyak kawan2 dan rakan facebook, blogger mintak tips interview,
so aku cadang nak buat satu post la, senang korang boleh rujuk je nanti..

Pengalaman Interview

Setakat ni aku dah pi interview hampir 26 kali, semenjak aku habis belajar bulan Julai 2015 aritu,
banyak juga pengalaman yang menyenangkan dan tidak.
Ade aku kene maki, kene sindir, kene gelak, tak kurang jugak ade yang puji, *blushing*

bidang aku adalah dalam sains dan teknologi (Kimia tulen), banyak jugak syarikat2 besar yang aku pi untuk interview, antaranya Sime Darby, FGV, Petronas, Shell, CCM. most of company besar ni, nak perfect candidate, yang dah ade pengalaman dalam bidang tersebut atau pekerjaan.

Soalan dari syarikat besar2 ni jangan harap lah nak senang2, depa tanya latar belakang syarikat yang deep punya, yang kau pun tak pernah dengar..dan masuk pasal politik, ekonomi dan sosial sume tu.

Macam syarikat yang aku bekerja sekarang (dah berhenti) Nisshin company, depa ni syarikat Jepun, handle chemical, mase interview die akan suruh introduce our self, aku introduce dalam bahasa jepun, lebiih kurang dalam 5 minit, HHR dan manager tu sangat kagum...hahhaha *bangga sat* padahal semua tu scripted...kihkihkih...syarikat luar negara ni demand tinggi, SANGAT tinggi oke, so ko kene ade komitmen yang tinggi untuk bekerja untuk syarikat diorang, aku pulak dah jemu ngan bidang sains, so susah la aku nk fokus ngn kerja..

mase interview syarikat tu aku kene jawab exam pasal reaction, dan chemistry, huhuh tang tu aku tak tau mcm mne boleh lulus hahah kannn

sepanjang aku pi interview baru aku faham, setiap syarikat set CGPA untuk mengasingkan siapa yang layak temuduga atau tidak,  senang cerita untuk pengasingan la...mostly company tengok 
 YOUR COMMUNCATION AND INTERPERSONAL SKILLS

So, better practice from now !!

Tips Interview dari aku !

1. Dokumen
Sediakan dokumen penting seperti IC, sijil berhenti sekolah, sijil akademik , dan beberapa keping sijil kokurikulum

2. Pemakaian
bagi lelaki, pakaian pastikan kemas berkemeja dan bertali leher ! yang penting !! jangan pakai baju kemeja yang LONDDEH dan BESAR !! its not 90-an ok, kalau boleh pakai, baju yang fit dengan kau, kalau kau pegi shopping mall tengok baju kemeja yang ade tulis "slim fit'' atau "semi cutting".
seluar slack pon same, jangan ade yang berlipat dekat pinggang tu, cari yang straight cut, barulah nampak aset tu..hihihi

kalau perempuan tak pasti, pakai la baju yang sopan dan berkarisma, paling penting kalau yang bertudung, pastikan NO KEDUT, bahagian tudung paling penting, kalau tudung kau kemas, itu dah cukup baik, sebab penemu duga tengok bahagian atas je, (x kan bawah pulak ye).

3. Warna 
Pemilihan warna baju pastikan bersesuaian, jangan nak pakai warna yang terang benderang sampai silau mata, contoh warna Kuning, dan seangkatan, contoh warna baju yang aku pakai untuk interview adalah Merah mak nyah, Biru diraja, Hijau terang, maroon vagnett 

4. Bahasa

kalau interview dalam bahasa inggeris, USE SIMPLE ENGLISH, kesilapan student, selalu menghafal scripted, dengan ayat bombastic, boleh, tapi kalau soalan tu tak kene dengan ramalan kau, kau jadi plastic la kannn...kalau nak sebut perkataan english tu, ingat jangan nak cakap laju2 relax, cakap 5-9 words per breath, kau bukan native speaker...dan cuba ramah dan senyum..walaupun terpaksa..

kalau bahasa melayu, jangan ayat berbunga2 straight to the point ! semua ayat semasa interview mestilah AYAT POSITIF ! walaupun kau diasak untuk mengenegatifkan diri kau.

5. Pengetahuan

Perkara paling penting, kau kene berilmu semasa kau bercakap ! jangan cakap macam orang bodoh, orang yang tak pernah sekolah, kalau kau interview tanpa ilmu, its not interesting to hear. selalu dalam interview, aku akan guna ilmu debat aku, perkara yang aku belajar mase kat universiti, contoh kaedah psikologi, how to overcome stress dan byk lagi, status ekonomi semasa, bagaimana sebuah syarikat bertapak, dan growth profit, walaupun aku student sains, aku tetap belajar sedikit pasal ekonomi semua tu, Alhamdulillah sangat berguna

tu je tips dari aku ni, dari 26 interview tu, Alhamdulillah 12 company terima aku bekerja, dan semua tu aku compare gaji la, not to high not to low, so, aku dah buat keputusan untuk terima gaji starting RM 2000 and above, dan target tu tercapai, walaupun kerja pertama gaji beyond expected, tapi sekarang aku dapat kerja luar dari bidang, mungkin lepas ni aku flexible dan boleh bekerja dalam pelbagai bidang..

Bye ! Salam


Wednesday, August 26, 2015

Liku Kehidupan

Salam n hi!!
So, interview kerja pasal SITE SUPERVISOR dah semestinyer tak dapat hahaha...sebab aku takde satu qualification..iaitu sijil dari NIOSH (National Institute Of Safety and Health) *hempok muka ngn bantal* ok la takde rezeki di situ aku pi la cari kerja lain, banyak la jugak interview aku pi, cadangnya nak lari dari bidang sains untuk sementara waktu ni. sebab dah jemu !
kerja as CHEMIST pon naik hantu dibuatnya.

So oneday ni aku pi interview 99 speedmart untuk jawatan yang agak vogeh.. 
ASSISTANT BRANCH MANAGER
aku pi interview tu kat jalan sg besi, area sg besi jugak lah, memang ramai mase tu, lebih kurang dalam 30++ orang, rase macam takde peluang je nak dapat, so tak mengharap ler dok..

yang aku salute 99speedmart ni, walaupun mostly chinese yang interview kami, depa suma fasih cakap MELAYU ok..

ingat memang tak dapat lahh kan, tengok suma dok cakap hebat, hensem, cantik..hahahah aku pulak selekeh...cehhh *tampar diri*

then, lepas 3 hari lepas tu, yakni hari ni, dapat panggilan, die cakap aku diterima bekerja !!
ALHAMDULILLAH!!!

Akhirnya dapat jugak kerja, so aku dah boleh hantar surat resign !!! hehehe
*joget* lepas ni aku akan belajar almost 70 percent bende baru !! huhu 
so 99 speedmart ni sediakan orientation, nak kene pi la baru tau kan..
ok!
Doakan berjaya !

Sunday, August 16, 2015

Bakal bergraduasi 2015 !

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia aku dapat juga bergraduasi uols !!
seronok gilass !!

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KIMIA ( TULEN) KEPUJIAN

sangat mencabar liku perjalanan aku untuk bergraduasi untuk lepasan ijazah
dah la dulu keputusan SPM aku x bagus sangat, ingatkan terbantut impian nak menjejakkan kaki ke menara gadung..ketentuan ilahi siapa yang tahu.. tup tup aku bakal memegang segulung ijazah !
yeppii!

Sekarang ni aku dah start keje dah, as a CHEMIST/ SAINTIS. tak terpikir pon boleh jadi macam ni! impian mase sekolah rendah terjadi jugak lah.. walaupun mase tu bodoh..tak tau saintis tu ape hehehe
sekarang ni baru tau hazab jadi saintis !! hamekk ko.. *hentak penyapu kat muka sendiri.
tapi keje aku ni jauh la dari rumah, like 45km dari rumah, jauhh !!kat klang kot !
habis duit aku ! duit minyak, makan, tu tak tau lagi nk menyewa ke idok hmmm

susah, so aku apply la dekat2 dengan rumah aku, hampir 50 lebih jugak la aku apply, semua keje aku apply tanpa sikap prejudis..heheeh nak cari pengalaman kan..skang ni pengalaman ZERO, ilekk..
dan masa aku tengah taip entry ni, dapat calling..dari syarikat karmac aluminium !! dapat interview untuk position site supervisor...best ke kerja ni?? aku zero pengalaman..aku try mintak je..tengok rezeki la.. dapat interview pulak tu..ishhkkk...nk kene berterus terang la, mintak training provided kennnn...hehehe

ok tukaq topik pulak la !
ritu aku ade share ngn korang pasal nak kurus kan hehehe..skang dah tak obses sangat nk kurus, sebab dh capai target sikit...cinonet je..hahahah agak la..dah la lepas je balik dari USM dah tak jogging....arghhhh rase macam berat bakal naik je, so aku control makan la jawabnyer..hurmmmm...kasut joging dh beli..bila la nak pakai hohoho
ni abang payung satu gambar..heheeh, agak2 ade yang berkenan tak? cehhh hehehe