DAFTAR LINK ANDA DISINI

Followers

Wednesday, June 22, 2016

Loan Bank Islam lulus !

Alhamdulillah, 
Syukur, loan bank Islam dah lulus nokk!
cadangnya nak beli kereta proton saga plus FLX, hehehe


Yela terpaksa membeli kereta, sebab kereta kat rumah tu dah uzur, mak nak pergi jalan jauh pun susah, nak balik kampung pun susah, jadi beli la kereta tuk kemudahan,

Alhamdulillah proses untuk beli kereta ni agak menyabar, dah la aku ni orang baru nak kenal dunia..hehehe

btw, aku dapat flat rate 3.25, bulanan RM370 with 10% deposit. agak murah kan, less than RM400, sgt affordable. 

tak boleh nak gembira sangat sebab baru je lepas sign agreement ngn bank tadi..eheheh so tgh tunggu confirmation dari bank via SMS.

lagi pun ni bukanlah kereta raya, kereta lepas raya, sebab nak tunggu no plate baru yang mula dengan huruf V hahaha tuk KEYELLLL...sanggup nohh tunggu..tak raya dengan kereta baru pun xpe,,

lepas dapat kereta nanti aku hapdate lagi ye..